 Shut Down The Devil's Sound Kira-kira 2 minggu sebelum Sure Pekat nan lalu, aku jatuh sakit. Jatuh sakit yang paling serius sekali dalam sejarah. Sebelum tu gua ada satu misi penting yang menjadi acara kemuncak dalam jadual 2006 aku. Gua banyak melakukan stadi, baca buku sampai kering mata. Memerah akal sampai gugur rambut. Akhirnya aku terbaring sorang-sorang kat umah, sambil mata kuyu-kuyu pandang tv yang tak bersuara, dengan badan yang terlalu over-worked dan telah mengalami stress di luar jangkauan, it was trying to shut down. Too overworked and stressed it was trying to shut down. Dia givap dengan kerja-kerja overload yang berterusan. Pendek kata, gua di ambang maut. Sakitnya bukan kepalang. Seminggu aku baring atas sofa. Itu jam boleh tahan gak menyesalnya gua push badan gua sampai jadi macam ni. Dalam kesakitan yang melampau tu, gua memecut menggunakan kawasaki turbo replacement model ke unit kecemasan hospital. Aku ihgat boleh la masuk wad, rilek sket. Sebaliknya aku diberi beberapa jenis ubatan dah disuruh pulang.
Bila aku buat sesuatu keje, aku akan plan betul betul semua langkah, setiap aspek yang perlu diambil kira. Semuanya dengan satu aim, iaitu supaya aku dapat siapkan kerja tersebut dengan kepantasan maksima. Break neck speed. Supaya aku boleh rilek cepat sebelum mulakan tugas yang baru. Cara aku bekerja ni akhirnya makan diri. Kata doktor, aku dah gunakan separuh usia aku extensively , its almost depleted. Seminggu aku sakit tu, komputer yang aku gunakan selama ni pun jatuh sakit jugak. Diapun dah digunakan sehabis habisnya. Skang aku komputer pun takde. Segala fail, program yang aku gunakan selama ni semuanya hilang. Termasuk bookmark sekali. Memang tak untung. Perlu aku note jugak kat sini, masa aku sakit tu, Mail banyak take over tugas tugas Sure Pekat 4. Dia juga bertanggungjawap mengumpul dana untuk menampung perbelanjaan. Terbaring selama seminggu memang tak seronok. Tak jumpa internet lagi selenge. Tapi ia memberikan aku masa yang cukup untuk reflect apa yang telah aku kecapi sepanjang tahun 2006 yang lalu. 2006 memang tahun yang penting. Banyak perkara yang berubah. Awal tahun lagi aku dah mula menjana pendapatan sendiri dengan hanya bergoyang kaki. Dah beribu ribu ringgit aku perolehi. Dengan itu jugak aku berjaya mengubah beberapa aspek kehidupan aku. Kalau selama ni aku selalu dalam kemiskinan, kini aku mampu buang rokok yang baru isap separuh, sebab kalau dah habih aku mampu beli sekotak lagi. Aku jugak dah tukar kenderaan yang aku gunakan. Daripada kawasaki turbo yang tak nampak macam nak putus dua walau sebanyak mana aku modify, kepada one insanely cool looking bike yang dari hari ke hari semakin digeruni scene pemotoran kat Kuala Lipis ni. Bukan sahaja aku buat duit untuk kepentingan enjoy aku sendiri, malah aku juga tolong orang lain dengan berkongsi enjoy tersebut. Enjoy yang aku maksudkan ni bernilai USD100. Dan kadang kadang lebih. Dengan hidup yang hampir zero expenses, gua takde mende nak risau selain dari upgrade motor, roadtrip, tambah nilai dan yang paling penting makan sedap dan minum air manis setiap hari. Gua jugak telah upgrade gajet terpenting dalam hidup gua skang iaitu sebuah tipon bimbit berkamera. Dengan gajet ni jugak gua mampu online 24 jam sehari. Website ni jugak gua boleh monitor sepanjang masa. Emel hanya 2-3 button click away. Gua jugak boleh usyar tagboard untuk sebarang tag tag terkini. Walau di pinggir rimba sekalipun gua bisa connect ngan kenalan YM. Pendek kata tahun ni gua berjaya upgrade hidup gua secara komprehensif. Gua berjaya miliki dan mencapai beberapa perkara yang gua aim. Gua anggap ini satu pencapaian yang agak besar jugak. Namun walau berapa sakses sekalipun kalau dah jatuh sakit di ambang maut selama seminggu takde makna jugak. Gua belajar satu perkara yang paling penting iaitu walau betapa passionate sekalipun kita terhadap apa yang kita kerjakan, walau sepenting mana, walau sebesar mana pulangannya sekalipun, sometimes we need to disconnect. Bukan sekadar berehat seketika pekena rokok sebatang. Bukan sekadar berehat amik cuti seminggu. Tapi kita perlu tutup kes sepenuhnya. Bukan lupa sepenuhnya tapi sekadar memberi ruang untuk bernafas. Paling penting, gua berjaya menamatkan 2006 ni dengan siri Sure Pekat yang paling berjaya sekali dalam sejarah. Satu event independent yang tiada tandingan. Takde sapa boleh celen kat Lipis ni. Kepada yang tak dapat hadir jangan risau, tunggu je 5 part spesel report gua nanti. Tahun 2007 ni gua ingat nak berehat. Barangkali melancong sempena tahun melawat malaysia ni. Dan gua jugak akan shut down semua kerja kerja. Gua takkan amik dah sebarang projek. Kalau nak jugak guna khidmat aku, i expect premium price. And i'll work at my own time without any time constrain. Gua akan start charging 2 kali ganda harga pasaran. Gua akan amik masa 2-3 bulan ni untuk recharge balik energi gua yang banyak hilang masa gua sakit itu hari. Dan jugak menopap banyak perkara yang gua ketinggalan. Pasal blog korang toksah hawatir. Dengan me-shut down semua kerja, I'll write full time. Blogspot, Diges, Adsense Course akan menjalani hapdet berjadual. Tahun ni gak gua akan start tahun ni dengan Special Feature marathon. Semua menda yang gua tak sempat publish masa jatuh sakit ari tu gua akan publish semua sekali sekali harung. Tak lupa juga main event untuk tahun ni adalah peng-release-an zine Journal Vol.2. Kali ni gua akan cuba kombinasi subversis, mitos, seksologi, taboo, emosi dan lain lain yang gua tak pernah sentuh selama ini. Takde sebarang censorship menjadikan ia zine yang paling true dari isi hati gua. Get excited, its gonna be the best ever! Selain itu gua jugak ingin meninggalkan 2006 with a good note. Gua nak mintak maaf kepada semua individu yang gua pernah petik dalam penulisan gua. Mana yang terkutuk, terumpat. Kepada siti nurhaliza, i forgive you bebeh. Gua dah pun buang semua artikel berkenaan mu. Kepada Datuk K, gua panas bukan apa, lu dah potong line gua nak pakai nama 'Datuk K' tu. Maaf jugak dengan semua janji yang gua gagal tepati. 2007 i'll make it up for everybody. Sekali lagi maaf dan gua hanya manusia yang tak henti henti belajar dari kesilapan darah muda remaja egoistik. 2007 awal-awal lagi dah havoc. Bermula 27th Januari ni band aku Furi akan main kat satu gig ni kat Jerantut sana. Boleh riki Myspace Fury untuk maklumat lanjut. Pastu 25th Febuari konset Muse pulak. Seronok ni nampak gayanya. Pepehal gua ucapkan selamat tahun baru kepada korang semua. Semoga kita bersama-samalah me-repeat azam tahun baru kita tahun lepas. Dan jangan lupa cekidaut sepanjang minggu ni kita ada cerita baru. Gua ada banyak sangat mende nak cerita kat korang ni! P/S: Semua penulisan kat atas ni, gua tulis pakai henset je. Fakta Menarik : Kumprinx gemar makan 'jajan'. Sehari tak kena boleh menggeletar satu badan. Be first to comment this article | Add as favourites (201) |