|
Cerita-ceriti
|
|
Written by Kumprinx
|
|
Tuesday, 20 July 2010 |
Dulu-dulu gua selalu nampak budak ni. Itu jam dia kanak-kanak lagi. Skang ni dah besar, dah boleh sembang letup. Hari tu gua panggil dia ke rumah suh tengok-tengokkan kereta. Beliau sampai lewat 15 minit dari masa yang dijanjikan. "Sori la Kumprinx, aku lewat sket. Jem teruk kat town tadi" Memang jem teruk. Kontraktor entahapakejaddah time weekend bukak jalan. Time sesak, sibuk banyak kereta lalu mula la terhiling-hiling nak tutup jalan. Buat kerja cerun kat jalan utama nak masuk Kuala Lipis. Gua kabo kat dia, "Takde hal la.." Beliau godek-godek enjin. Cuaca panas. Peluh-peluh jugak. Dia kata dia dah terlewat nak pegi Kuantan. Masa buat kerja telefon beliau 2-3 kali berbunyi. Member dah selak nak gerak. "OK beres!" kata beliau.
Gua test start. Semuanya ok. Gua hulur duit. Kata beliau, "Tak payah Kumprinx. Takkan nak cas pulak. Kita kawan sejak kecik. Ko ngan aku bukan orang lain."
Sewaktu melihat beliau berlalu pergi, tanpa disedari air mata brotherhood gua bercucuran. Comments (4) | Add as favourites (23) |
|
|
Blog Entry
|
|
Written by Kumprinx
|
|
Friday, 16 July 2010 |
|
 Akhir-akhir ni gua rasa bersalah kalau duduk saje-saje tak buat sesuatu. Mana pergi masa gemilang gua zaman dulu-dulu hangout renung tv berjam-jam, tido tanpa mengira waktu, lepak tengah-tengah malam tanpa risau siang esok mata barai. Dulu cerita lain, takde kerja. Skang ni dah lain. Skang kena bangun pagi-pagi buta. Pakai wangi-wangi. Tambah-tambah lagi baru-baru ini gua ditukarkan ke HQ, ganti tempat bos lama gua. Petang-petang turun bersukan takut obesiti. Ye lah, prentan sihat lagi ni baik all out. Gua dengar cerita, orang tua-tua kuat kena kencing manis, lemah jantung. Weekend gua juga dicuri oleh masa depan.
Mana pegi masa gua yang banyak tu?
Time kerja gua bergelumang dengan buku. Korang biasa rasa tak feeling beli buku baru, dalam kotak, plastik. Lepas tu teruja bukak slow-slow nak tau isi kandungan dia. Skang ni tu la kerja gua. Kadang-kadang gua buat tak reti je buat kerja laju-laju. Tapi selalunya buku-buku itu terlalu menarik untuk gua dismiss begitu sahaja. Dapat 2-3 muka pun jadi. Simpan untuk kemudian hari. Walaupun gua tau gua takkan jumpa dah buku tu. Nak cari balik bukan kerja. Di penghujung hari tangan gua warna-warni kena cop, papercut sana sini. Tapi dalam kepala ada beribu-ribu perkara yang gua perlu gua digest dan ponder. Pasal indeks harga rumah kat malaysia, buat sarang burung walit, adunan tepung nak buat kek, teks ucapan menteri-menteri, pengurusan kewangan, hannah montana, transformers, tumbuhan di cameron highland, sampai la ke cakar harimau. Tu belum lagi cerita pasal 3 sahabat terperangkap dalam gua yang gua nak story balik kat bini gua masa balik umah kang.
Balek kerja biasanya gua turun bersukan. Skateboarding adalah perkara yang bagi gua dia punya seronok tak pernah hilang. Gua tak boleh kickflip, tak boleh grind apatah lagi smith ke, varial ke hapa. Gua turun buat apa tak tau, tapi yang nyata balik mesti tersengih-sengih, peluh macam mandi dan lutut koyak sana-sini.
Kalau ada sejam-dua terluang tu gua duduk depan kompiter. Entah hapa gua buat pun tak dapat nak pastikan. Tapi duduk depan kompiter ni memang makanan gua sejak azali. Tak layan fesbuk, cari gambar hantu pun jadi.
Kalau ada lagi masa terluang sikit-sikit gua ajak bini jalan-jalan sekitar town. Melawat sanak saudara. Hangout minum teh, pekena Rapi. Beli bawang holland 100gram. Kalau tak keluar pun kami tengok filem kat umah. makan jugak sejam dua di situ.
Sedar-sedar dah sampai masa untuk tido. Biasanya nak start tido tu (selain estimate berapa jam tido) gua selalu memikirkan apa yang gua tak sempat buat hari ni. Banyak jugak, sambung besok je la. Tapi besok takde masa, gua ada benda lain nak buat.
Lebih sadis, kadang-kadang gua curi sejam dua masa tido gua untuk melepak pekena.
Akhir-akhir ni gua memenuhi hajat gua sekian lama itu sambung belajar. Entah bila masa nak stadi tu lain cerita. Gua dengar cerita weekend gua kena pegi sekolah. Jauh pulak tu. Bini gua dah siap hadiah pen ngan pensil.
Dalam kesempitan masa tu gua boleh pulak selit photography. Makan jugak 15-30 minit yang terluang. Tak dapat tangkap gambar-gambar alam, tangkap gambar dalam rumah pun jadi. Semua gambar keluar hitam. Bertambah sempit masa, sebab kalau dah ambik gambar mesti la balik rumah nak renung dalam kompiter.
Sempit memanglah sempit. Comments (4) | Add as favourites (9) |
|
|
Cerita-ceriti
|
|
Written by Kumprinx
|
|
Saturday, 22 May 2010 |
|
 Baru-baru ni gua pegi peksa gomen. Gua memang tersengih bila dengar area penginapan yang disediakan. Maluri. Fuck yeah.. Gua ada 2 tahun pengalaman lepak kat sana tatkala gua mengaji kompiter kat sebuah kolej swasta. Rumah sewa kitaorang kat sana memang horror. Rumah kedai, jamban kongsi, berjiran ngan GRO dan ada janda imigran bergetah bersekedudukan dengan bangladesh kat pintu sebelah. Tapi itu gua cerita lain kali la pulak ye dak.
Maluri ni entah hapa sumpahan dia memang nampak macam pekan tinggal. Tapi perniagaan memang boom dari zaman dulu dah, dari gudang, pusat snooker, distribution hapa kejaddah semua ada kat sini. Bila gua sampai selepas hampir sedekad meninggalkan Maluri ni, keadaan tak berubah langsung.
Masa gua peksa gomen tu gua sempat meronda-ronda sekitar area ni. Dan gua paling hepi bila tengok Macha yang bukak gerai bawah rumah sewa kitaorang ari tu masih beroperasi. Zaman dulu gua pagi-pagi turun pekena telur half-boiled sambil usyar makwe lalu-lalang pakai skirt belah sampai pangkal. Hari-hari gua makan kat sini, semua menu dia gua dah masak sangat sampai kadang-kadang tu gua masak sendiri bila Macha tu takde pegi ambik anak dia pegi sekolah.
Beliau masih kenal gua walaupun gua pakai macam baru balik peksa gomen. Maklumlah zaman dulu gua dressing agak 'indie'. Gerai dia masih sebijik macam dulu-dulu. Gua terus order signature dish dia, megi goreng telur mata. Sambil pekena gua flashback memori-memori indah sepanjang 2 tahun gua lepak kat sini. Cilakak, yang dapat gua flashback hanyalah kenangan manis menang kuda ratusan ringgit time tengah sengkek tahap beli roti kaya kongsi makan 2 orang.
Comments (4) | Add as favourites (67) |
|
|
Cerita-ceriti
|
|
Written by Kumprinx
|
|
Tuesday, 06 April 2010 |
Pagi tu gua sempat sekali teguk je air neskape sebab dah terlambat untuk ke tempat kerja. Dah la tempat kerja gua skang ni boleh tahan jauh. Lepas teguk air neskepe tu gua minum air kosong, lepas tu terus jalan. Perjalanan ke tempat kerja gua memang memerlukan gua bersatu dengan alam. Visor helmet gua bukak bagi embun pagi touching ngan pipi gua. 15 minit gua sampai. Terus bukak pintu dan baca paper dulu. Slow-slow ada orang datang. Orang pinjam buku, orang pulang buku, orang baca paper, update status Facebook orang sesat, gembala kambing semua tu pengunjung setia library gua. Menjelang pukul 12 tengahari tiba masa untuk gua rehat. Gua tutup pintu dan bersepai tido kat dalam tu. Ada jugak rasa lapar, tapi perut tak berapa feeling. Macam sebu-sebu gitu. Jadi gua melabuhkan kepala dan terus shutdown. Ngam-ngam pukul 2pm gua terjaga. Gua lap air liur basi kat pipi, teguk air kosong sikit dan terus bukak balik library. Petang memang ramai budak. Gua kena sentiasa alert.
Sekali-sekala gua minum air kosong yang di-tapau bini buat gua. Cuaca memang panas terasa. Gua tak sabar nak tunggu balik sampai time tak boleh tunggu walau seketika. Selepas leebih kurang 20 naskah buku gua cop stail pejabat pos, masa untuk balek pun tiba. Macam biasa time nak balik memang teruja. Spirit menaik entah kenapa. Di atas motorsikal gua terkesima. Rupanya sehari suntuk tak makan apa-apa. Tekak terasa pahit tak minum air manis macam persis bulan puasa. Fikiran gua terus aim ke gerai air tebu di sebalik selekoh di hujung sana. Entah kenapa satu perenggan semua beritma. Barangkali teruskan saja. Stail begini pun apa salahnya.
Seharian tak minum air manis memang pedih. Badan lemah takde tenaga kalau jalan terjatuh gigi boleh serpih. Air tebu pakcik tu memang macam ginih. Lepas masuk mesin terus hidang air tebu masih berbuih-buih. Tebu pure takde sebarang campuran additif. Orang kata tanah dia tanam tebu tu bekas kubur tentera jepun mati dalam keadaan sadis.
Pam! Gua tepuk meja. Pakcik tu dah tau apa yang gua nak.
Pam! Pakcik tu letak air tebu segelas depan gua. Dengan tekak yang kering, mulut rasa pahit tak minum air manis dari pagi. Badan lemah tak makan sehari suntuk. Slow-slow gua capai straw masuk dalam hidung. Gua tarik dalam-dalam. Orang kabo air tebu ni tajam. Kalau hamil boleh gugur kandungan. Gua sedut pakai idung supaya cepat sikit dia tangkap ke otak. Sekonyong-konyong penglihatan gua kabur. Kepala rasa ringan berpinar-pinar. Cepat je gua dapat tangkap perbualan beberapa budak 'indie' kat sebelah tu borak, "Nasib baik lah muka aku macam penyanyi korea tu, sebab tu la awek tu senang sangkut". Terus gua teringat kelazatan rojak mamak kat Taman KSM, Kuala Lipis.
"Fuck yeahh.." kata gua sendirian sambil start motor.
Comments (3) | Add as favourites (55) |
|
| | << Start < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 "> > End >>
| | Results 1 - 9 of 271 |
|
Who's Online
We have 7 guests online
|