Lapang Sebelum Sempit
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Kumprinx   
Friday, 16 July 2010

 sempit

 

Akhir-akhir ni gua rasa bersalah kalau duduk saje-saje tak buat sesuatu. Mana pergi masa gemilang gua zaman dulu-dulu hangout renung tv berjam-jam, tido tanpa mengira waktu, lepak tengah-tengah malam tanpa risau siang esok mata barai. Dulu cerita lain, takde kerja. Skang ni dah lain. Skang kena bangun pagi-pagi buta. Pakai wangi-wangi. Tambah-tambah lagi baru-baru ini gua ditukarkan ke HQ, ganti tempat bos lama gua. Petang-petang turun bersukan takut obesiti. Ye lah, prentan sihat lagi ni baik all out. Gua dengar cerita, orang tua-tua kuat kena kencing manis, lemah jantung. Weekend gua juga dicuri oleh masa depan.

Mana pegi masa gua yang banyak tu?

Time kerja gua bergelumang dengan buku. Korang biasa rasa tak feeling beli buku baru, dalam kotak, plastik. Lepas tu teruja bukak slow-slow nak tau isi kandungan dia. Skang ni tu la kerja gua. Kadang-kadang gua buat tak reti je buat kerja laju-laju. Tapi selalunya buku-buku itu terlalu menarik untuk gua dismiss begitu sahaja. Dapat 2-3 muka pun jadi. Simpan untuk kemudian hari. Walaupun gua tau gua takkan jumpa dah buku tu. Nak cari balik bukan kerja. Di penghujung hari tangan gua warna-warni kena cop, papercut sana sini. Tapi dalam kepala ada beribu-ribu perkara yang gua perlu gua digest dan ponder. Pasal indeks harga rumah kat malaysia, buat sarang burung walit, adunan tepung nak buat kek, teks ucapan menteri-menteri, pengurusan kewangan, hannah montana, transformers, tumbuhan di cameron highland, sampai la ke cakar harimau. Tu belum lagi cerita pasal 3 sahabat terperangkap dalam gua yang gua nak story balik kat bini gua masa balik umah kang.

Balek kerja biasanya gua turun bersukan. Skateboarding adalah perkara yang bagi gua dia punya seronok tak pernah hilang. Gua tak boleh kickflip, tak boleh grind apatah lagi smith ke, varial ke hapa. Gua turun buat apa tak tau, tapi yang nyata balik mesti tersengih-sengih, peluh macam mandi dan lutut koyak sana-sini.

Kalau ada sejam-dua terluang tu gua duduk depan kompiter. Entah hapa gua buat pun tak dapat nak pastikan. Tapi duduk depan kompiter ni memang makanan gua sejak azali. Tak layan fesbuk, cari gambar hantu pun jadi.

Kalau ada lagi masa terluang sikit-sikit gua ajak bini jalan-jalan sekitar town. Melawat sanak saudara. Hangout minum teh, pekena Rapi. Beli bawang holland 100gram. Kalau tak keluar pun kami tengok filem kat umah. makan jugak sejam dua di situ.

Sedar-sedar dah sampai masa untuk tido. Biasanya nak start tido tu (selain estimate berapa jam tido) gua selalu memikirkan apa yang gua tak sempat buat hari ni. Banyak jugak, sambung besok je la. Tapi besok takde masa, gua ada benda lain nak buat.

Lebih sadis, kadang-kadang gua curi sejam dua masa tido gua untuk melepak pekena.

Akhir-akhir ni gua memenuhi hajat gua sekian lama itu sambung belajar. Entah bila masa nak stadi tu lain cerita. Gua dengar cerita weekend gua kena pegi sekolah. Jauh pulak tu. Bini gua dah siap hadiah pen ngan pensil.

Dalam kesempitan masa tu gua boleh pulak selit photography. Makan jugak 15-30 minit yang terluang. Tak dapat tangkap gambar-gambar alam, tangkap gambar dalam rumah pun jadi. Semua gambar keluar hitam. Bertambah sempit masa, sebab kalau dah ambik gambar mesti la balik rumah nak renung dalam kompiter.

Sempit memanglah sempit. 


Add as favourites (33)

  Comments (4)
1. Written by herman, on 16-07-2010 01:55
aku boleh paham perasaan ko tu Amin!! serius!! sbb aku pun sedang menghadapi masalah yang sama skang ni!! bayangkan nak baca Kreko ngan Gempak pun aku dah takder masa, berani cakap kalau aku totalkan semua buku komik yang aku tak baca lagi mau cecah dekat 50 tajuk!! giler punyer keje!!! tu belum kira anime lagi!! tp aku pun tgh slow2 cuba nak abiskan mende tu sumer!! semoga aku berjaya dan gudlak juga pada ko!! walaupun skang ni ko makin sombong ngan aku!! muahahahah!!
2. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 16-07-2010 10:45
Heh....PJJ kat mana king?
3. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , on 16-07-2010 11:51
mencabar betul hidup seorang kumprinx amin...
4. Written by Kumprinx website, on 16-07-2010 12:42
gua PJJ kat universiti tolong orang melayu.

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4

 
PreviousPrevious   NextNext