|
Seharian Tak Minum Air Manis |
|
Written by Kumprinx
|
|
Tuesday, 06 April 2010 |
Pagi tu gua sempat sekali teguk je air neskape sebab dah terlambat untuk ke tempat kerja. Dah la tempat kerja gua skang ni boleh tahan jauh. Lepas teguk air neskepe tu gua minum air kosong, lepas tu terus jalan. Perjalanan ke tempat kerja gua memang memerlukan gua bersatu dengan alam. Visor helmet gua bukak bagi embun pagi touching ngan pipi gua. 15 minit gua sampai. Terus bukak pintu dan baca paper dulu. Slow-slow ada orang datang. Orang pinjam buku, orang pulang buku, orang baca paper, update status Facebook orang sesat, gembala kambing semua tu pengunjung setia library gua. Menjelang pukul 12 tengahari tiba masa untuk gua rehat. Gua tutup pintu dan bersepai tido kat dalam tu. Ada jugak rasa lapar, tapi perut tak berapa feeling. Macam sebu-sebu gitu. Jadi gua melabuhkan kepala dan terus shutdown. Ngam-ngam pukul 2pm gua terjaga. Gua lap air liur basi kat pipi, teguk air kosong sikit dan terus bukak balik library. Petang memang ramai budak. Gua kena sentiasa alert.
Sekali-sekala gua minum air kosong yang di-tapau bini buat gua. Cuaca memang panas terasa. Gua tak sabar nak tunggu balik sampai time tak boleh tunggu walau seketika. Selepas leebih kurang 20 naskah buku gua cop stail pejabat pos, masa untuk balek pun tiba. Macam biasa time nak balik memang teruja. Spirit menaik entah kenapa. Di atas motorsikal gua terkesima. Rupanya sehari suntuk tak makan apa-apa. Tekak terasa pahit tak minum air manis macam persis bulan puasa. Fikiran gua terus aim ke gerai air tebu di sebalik selekoh di hujung sana. Entah kenapa satu perenggan semua beritma. Barangkali teruskan saja. Stail begini pun apa salahnya.
Seharian tak minum air manis memang pedih. Badan lemah takde tenaga kalau jalan terjatuh gigi boleh serpih. Air tebu pakcik tu memang macam ginih. Lepas masuk mesin terus hidang air tebu masih berbuih-buih. Tebu pure takde sebarang campuran additif. Orang kata tanah dia tanam tebu tu bekas kubur tentera jepun mati dalam keadaan sadis.
Pam! Gua tepuk meja. Pakcik tu dah tau apa yang gua nak.
Pam! Pakcik tu letak air tebu segelas depan gua. Dengan tekak yang kering, mulut rasa pahit tak minum air manis dari pagi. Badan lemah tak makan sehari suntuk. Slow-slow gua capai straw masuk dalam hidung. Gua tarik dalam-dalam. Orang kabo air tebu ni tajam. Kalau hamil boleh gugur kandungan. Gua sedut pakai idung supaya cepat sikit dia tangkap ke otak. Sekonyong-konyong penglihatan gua kabur. Kepala rasa ringan berpinar-pinar. Cepat je gua dapat tangkap perbualan beberapa budak 'indie' kat sebelah tu borak, "Nasib baik lah muka aku macam penyanyi korea tu, sebab tu la awek tu senang sangkut". Terus gua teringat kelazatan rojak mamak kat Taman KSM, Kuala Lipis.
"Fuck yeahh.." kata gua sendirian sambil start motor.
Add as favourites (75)
1. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 06-04-2010 23:16 baru gua tau penangan air tebu iras iras K...... |
2. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 08-04-2010 12:10 >>>Entah kenapa satu perenggan semua beritma. ha ha ha, statement macam cilake! |
3. Written by herman, on 23-05-2010 15:35 Aku ada kemusykilan yang bersarang di benakku ini! aku nak tanya skit betul ke apa yang ko minum tu air tebu atau air yang berwarna seperti tebu!! sebab bila aku minum air tebu yg biasa aku minum efek nyer tidaklah sebegitu 'gothic'!! haaa !! baik ko chech balik! muahahaha!! |
Only registered users can write comments. Please login or register. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4 |