Bliss
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Kumprinx   
Monday, 14 December 2009
Biasa bila kita trace balik sejarah-sejarah lama, biasa terjumpa anomali-anomali yang gharib dan pelik. Sekarang ni bila orang tanya kitaorang, "How do you guys meet?". Jawapan gua sungguh klise, "We met at a party.."

Beberapa hari sebelum gua kahwin ari tu gua selalu termenung. Gua tartanya-tanya apa yang akan jadi bila gua dah kawen kelak. Di sebalik perasaan teruja dan gembira, boleh tahan jugak gusar. Orang dah kahwin ni nanti kena pakai seluar slack ke? Kena pakai t-shirt berkolar baju masuk dalam seluar ke? Balik kerja kena duduk rumah je ke? Tak boleh rebel kutuk Majlis Daerah ke? Tak boleh rockin lagu yang heavy-heavy ke?

Sebaliknya gua sedar bahawa perasaan gusar gua tu sia-sia je. Gua masih lagi rockin, dan sekali-sekala bini gua join sekali. Pegi merepak kat taman usyar orang senarobik, bini gua setia di sisi gua. Melepak kedai mamak pun macam biasa je.

Utuh dalam hati gua bahawa, walau dah kahwin sekalipun, nothing of value is lost.

Hari ni genap setahun gua bergelar suami. Kesihatan mental gua jauh lebih berkualiti dari dulu. Makan pakai terjaga, astray gua tak pernah melimpah, keyboard kompiter gua tak pernah berdebu, meja kerja gua sentiasa kemas, kotak-kotak rokok kosong gua sentiasa tersusun rapi. Coinslot gua juga jarang terdedah.

Jesteru suka gua berkongsi gambar yang sungguh epik ini. Bukti terkini mengenai pertemuan pertama gua dengan bini gua sekarang. Ketika itu tahun 1987 di parti liar besday ke dua bini gua.
 
kumprinx
 
Ahh.. it's been a great year.
 
 

Add as favourites (91)

  Comments (6)
1. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 14-12-2009 11:26
kalu dah jodoh tu..x ke mana....ye dak? 
 
Jgn lupa tunjuk kat cucu-cucu ko nanti gmbar ni.
2. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 14-12-2009 14:44
ni cinta dari zaman bebudak lah ni..rajin ko simpan gambar lama 2 hahaha
3. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , on 15-12-2009 17:53
legend tak legend la.stuff like this do happen in real world huh? ;)
4. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , on 16-12-2009 09:44
ironiknye cinta lu.....
5. Written by herman, on 07-03-2010 16:07
Aku doakan korang bahagia hingga ke akhir hayat dan panjang umur!! doakan aku juga supaya cepat dapat jodoh!! jeles gak dengar citer orang dah kawin ni!! hehehe!!!
6. Written by herman, on 07-03-2010 16:11
Aku doakan korang bahagia hingga ke akhir hayat dan panjang umur!! doakan jugak aku supaya cepat dapat jodoh!!jeles gak dengar citer orang dah kawin ni!!!

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4

 
PreviousPrevious   NextNext