|
Recap : Penang Day 1 Gua tersentak dari lena. Mata gua terbeliak. Hari dah pagi. Gua bergegas mengejutkan Mail yang sedang enak dibuai mimpi. "Bangun bangun woii!! Dah siang dah ni!" Mail terjaga. "Apahal ni?!", tanyanya. "Kari kari! Lets Gooo!!"
Hari itu adalah hari ke-2 kami berada di pulau mutiara. Penangan kari hari sebelumnya masih terasa di bibirku. Pagi itu kami sekali lagi menyerbu ke kedai kari tersebut. Tapi kali ni menu kitaorang lain sikit. Gua menepuk kaunter restoran tersebut dan menjerit "Naan Tandoori dua!!"
Setelah kekenyangan kami meronda-ronda di kawasan sekitar. Cina ramai kat sini. Bangunan-bangunan semua pun vintage membarisi lorong-lorong kecil. Sekali-sekala ada pelancong-pelancong asing terhiling-hiling entah nak pegi mana gua tak tau. Kami jumpa satu galeri lukisan. Apa nama tah gua tak ingat. Tapi lukisan dia solid-solid jugak.
Selepas itu kami mendapatkan bas untuk ke satu destinasi. Kat penang ni masa tu baru je diaorang perkenalkan bas Rapid Penang. Bas-bas Rapid Penang ni semua baru-baru lagi. Berkilat, enjin turbo dan banyak mami jarum di dalamnya. Pemandu-pemandu bas juga ramah dan kelihatan seperti sudah biasa mengambil penumpang yang haram tak tahu nak pergi mana macam kitaorang ni. Mereka dengan penuh ramah memberi direction dan cadangan tempat-tempat yang patut kami berhenti.  Ada satu lokasi yang kami aim nak pegi itu jam. Gua dah lama nak pergi tempat ni. Sebab idola gua ada lepak kat sana. Dalam bas Rapid Penang yang masih bau kedai tu kami terhiling-hiling melihat ke luar sebab takut terlepas tempat yang sepatutnya kami berhenti. Dah la tak pernah pegi, pastu nak cari pulak tempat yang pelik-pelik. Memang susah.
Akhirnya kami tiba ke destinasi. Sebelum masuk ke premis tersebut, gua memperbetulkan pakaian gua. Rambut gua ejas-ejas sket bagi kemas. Ye la, gua mesti nak kelihatan smart pabila bertemu dengan idola gua nanti.
Gua menjadi semakin berdebar. Takut-takut pun ada. Akhirnya kami bersua. Di hadapan gua adalah hero pujaan gua sejak dulu lagi. Gua menghentakkan kaki kanan, dada ke hadapan dan memberikan tabik hormat, "Tuan, saya Kumprinx melaporkan diri! Nice to meet you sir!"  Kalau ada sapa-sapa rasa dia tu Otaku, memang tak sah kalau tak pergi tengok Toy Museum ni. Ini adalah muzium permainan yang terbesar di dunia. Di dunia beb. Itu yang dia claim la. Kat dalam ni memang banyak gile, saya ulangi banyak gilabab patung-patung action figure daripada hentai, horror, superhero, alien, gundam, ksatria baja hitam, kiss, wwf, wtf, semua ada. Gua dan Mail terhiling-hiling ambik gambar semua sekali sampai nak full memory card.   Gua banyak habiskan masa merenung patung-patung hentai (kat sini dia display yang soft-soft je. Yang heavy-heavy gua yakin diaorang ada simpan). Gua memang dah lama nak angkat figurin macam ni. Tapi gua khawatir malaikat tak masuk rumah nanti.  Juga sempat voyeur kulit pinggang Lara Croft.
Abang Brandon Routh pun gua sempat jumpa.
Tandas dia lagi horror.  Beliau bagitau gua " I am your father". Kepala hot dia.
Mail bertemu kenalan baru.  Lama jugak kami layan Toy Museum tu. Pastu kamipun blah. Kemudian kami kembali ke town dan terhiling-hiling di menara komtar. Pastu tetiba gua teringat. Hape cerita pegi Penang kalau tak naik Bukut Bendera. Gua tahu trip ke Bukit bendera ini amat klise, tapi kami pergi la jugak. Sebab gua pun tak ingat gua pernah naik tak ke sana.
Pepalih lama nak tunggu naik menatang cable car tu. Akhirnya giliran kami tiba. Berbondong-bondong jugak orang naik mende tu. Keadaan dalam cable car Bukit bendera ni takde la havoc sangat. Standard bas mini je. Pastu kedudukan dia herot dan menyerendeng. Orang pun bersesak-sesak naik. Kereta kabel ditarik perlahan-lahan menuju ke atas. Gua rasa agak sedikit saspen dan teruja sebab kalau tali cable car tu putus gua boleh jerit kuat-kuat "Oh snap!" macam dalam lagu Fergie.
Sampai tengah jalan, ada pulak kereta kabel lain dari arah bertentangan. Kami berselisih dan budak-budak sekolah yang sarat dalam kareta kabel yang satu lagi tu menjerit-jerit melambai-lambaikan tangan ke arah kami. Gua pun sengih-sengih je. Nak jugak gua tampar sorang-sorang budak tu. Kereta kabel juga melalui terowong. Nasib baik ada lampu. Kalau tak mesti awek-awek yang depan kitaorang ni raba kitaorang.
Sampai kat atas Bukit Bendera ni suhu dia agak sejuk sedikit. Dan kat sini memang takde apa-apa aktiviti sangat yang boleh dibuat selain dari terhiling-hiling. Gua dan Mail meronda-ronda sekitar kawasan. Gua sempat membeli sekampit buah pala dan keychain-keychain pejaddah buat cukup syarat trip kami ke Pulau Pinang ini. Kat sini juga boleh nampak pemandangan sekitar Pulau Pinang. Boleh tahan cantik.
Sebelum kami blah, ada satu lagi perkara klise yang kami lakukan iaitu mempekena Laksa. Kemudian hari menjadi semakin malam dan kamipun bergegas blah ke hotel. Overall kat Penang ni kami takde la serius sangat berjalan-jalan. Logistik susah bagi kitaorang.
Sebelum tido kami pekena sekali lagi kari perfect grade. Malam tu kami makan macam raksasa punya. Gua bukan apa, memikirkan besok dah nak balik, jadi gua terpaksa topap kari ni sebanyak yang mungkin. Di bilik hotel, gua tertido kekenyangan. Keesokan harinya kami ada perjalanan yang jauh.
Fakta Menarik : -Pulau Pinang kini ditadbir oleh parti pembangkang -Orang cina kat sana tak jual DVD kat melayu. Gua saspek DEB cawangan cina punya. -Crook kuat mengendap cari peluang -Teksi kuat sembang tapi rip-off
Coming soon : Adventure in cursed land Add as favourites (129)
1. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 23-04-2008 16:54 ala...apasal x g jln2 di Balik Pulau..ada syiok la....len kali mau dtg penang call honey ek |
2. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 23-04-2008 16:55 pekena laksa janggus yg mmg terkenal kt penang |
3. Written by hendra, on 23-04-2008 17:34 baru minggu lepas aku angkat 20 dvd kat feringi nite walk.. apa kes?? |
4. Written by apex , on 23-04-2008 19:14 amin, pasal lu tak makan mee udang? banyak lagi tempat kat penang yg menarik. pergi lepak bukit mertajam ke. ceruk tokkun ke..lain kali ajak aku... |
5. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 24-04-2008 14:48 ha.. betul diorang tak jual kat melayu.. kalau kat feringhi tu mmg ok.. cuba p kat bukit jambul ka, gurney ka.. mmg tak layan punya laa... |
6. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 26-04-2008 17:26 nice travelling..jadi pengen juga. btw, di melayu kok ada kata gua?..itu apakah artinya sama dengan saya?... |
7. Written by Herman@Paiman, on 02-05-2008 18:07 Ko mmg best la Amin!! akhirnya aku tau jgk kat penang tu ada muzium khas utk otaku macam aku ni!! diorang tak nak jual ke mainan tu??? |
Only registered users can write comments. Please login or register. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4 |