See You In Court!
User Rating: / 2
PoorBest 
Written by Kumprinx   
Wednesday, 16 April 2008

 

 

So malam semalam aktiviti melepak sebab gua nak men-topap tidur gua yang tidak mencukupi pada hari itu. Malam semalamnya gua berjaga hingga santak subuh mengedit video klip Fury (ya adik-adik, coming soon). Pastu pepagi buta gua dah bangun entah buat apa tak tau. Pekena kari agaknya.

Selepas mandi lebih kurang gua santai jap sebelum tido. Gua ternampak suratkhabar Bacaria kat atas lantai. Entah sapa yang beli gua tak tau. Jadi gua ambik dan baca sekejap. Kena update jugak gosip-gosip artis ni. Nanti senang nak bersembang pung-pang-pung-pang. Gua bawak Bacaria ke luar rumah. Membaca sambil merokok lagi efektif. Sebab rokok akan meningkatkan kadar degupan jantung, darah akan dipam dengan lebih sempurna ke otak dan membantu cerapan maklumat dengan lebih berkesan.

Tiba di satu mukasurat, gua terkejut. I cant belivit!!
Gua menjerit "WTF!!!"

 


Ada satu gambar yang sangat gua kenali di dalam suratkhabar itu. Gambar ini gua dah guna 2 kali. Kali pertama dalam entry Kuala Lipis Unisex Toilet .

 

Tandas Berhantu


Dan kali kedua di blog (ahem) Gambar Hantu gua untuk entry Tandas berhantu.

 

Tandas Berhantu


Gambar yang gua ambik tu digunakan untuk accompany sebuah cerita pasal.. err.. wait for it.. Tandas Aspuri Berhantu. Gambar dipaparkan tanpa sebarang pengiktirafan seperti yang terkandung di dalam lesen Creative Commons yang diapply kepada seluruh laman web ini. Ini bermakna, Bacaria telah merembat gambar aku.

 

Tandas berhantu


So macamana geng? See you in court ke apa?

 

Bacaria 


Add as favourites (156)

  Comments (19)
1. Written by ayobkelubi, on 16-04-2008 14:00
beb,lu roger bacaria,lu slow talk dgn dia,takpun lu pancing dulu wartawan yang tulis itu citer pastu kalau dia dh kantoi terus lu sound see u in court then!.
2. Written by pp, on 16-04-2008 15:02
ok..saman banyak sikit..lepas tu bahagi 2..ingat!!
3. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 16-04-2008 20:19
Saman jangan tak saman, 1st step ugut wartawan tu by email dia atau kemukakan surat bantahan ke Bacaria, dan kalau diorang buat bodo je, jumpa di mahkamah, wah saman karangkraf siot
4. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , on 16-04-2008 20:43
aku second Rjuna..tp xyah la ugut bagai.xmanchurr sal.hehe...papehal karangkraf tu~~(yeke?)
5. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , on 16-04-2008 22:38
ko ugut dia la, mintak duit.lepas tu duit tu ko upah peguam.lepas tu ko beli karangkraf.
6. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 17-04-2008 16:46
amboiii kau.. bab2 citer macam ni.. laju semacammm je ehh... hahahaa
7. Written by khys, on 17-04-2008 17:11
e-mel je bos karangkraf tu. tunjuk bukti, suruh dia bagi credit. next issue mana tahu ko dpt free publisiti, diorang printkan url ko ke... dah glamer hehe...
8. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 17-04-2008 22:36
gua saspek komfirm diorang xlayan punya...apakata kita buat demonstrasi bagi membantah dan menyerahkan manifesto kepada CEO Akhbar Bacaria...See u in court gua rasa tidak efektif...
9. Written by pedon, on 18-04-2008 21:02
Saman... jangan tak saman...~! jangan dibiarkan plagiarism berleluasa di Malaysia!
10. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 20-04-2008 05:54
suh bacaria buat full page kenyataan meminta maaf secara terbuka.. ha ha ha..
11. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 20-04-2008 10:04
jangan kasi can beb...mintak 2milion...pastu baru pindah ke eropah start new life kat sana....
12. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 21-04-2008 09:51
Membaca sambil merokok lagi efektif. Sebab rokok akan meningkatkan kadar degupan jantung, darah akan dipam dengan lebih sempurna ke otak dan membantu cerapan maklumat dengan lebih berkesan.
13. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 22-04-2008 09:59
lepas ni, setiap gambar ko kena letak nama ko. at least, kalo dioang nak rembat pun, diorang kena edit dulu baru boleh guna.
14. Written by fikri, on 22-04-2008 17:50
dude..sesetengah pic lu gua ade pinjam kt fs..junjung titah patik harap diampun!! ha3
15. Written by kumprinx, on 22-04-2008 18:03
mana page fs ko? gua harap ada la sapa-sapa pegi ping bacaria pasal kes ni. gua bukan nak saman sangat, cuma media print ni skang banyak rembat karya2 blogger ni. so kena bagi kesedaran la sket. u know ah, Creative Common ni gua bukan saje-saje tepek kat sini bagi nampak cool ke hapa. ye dak? hehe.. Sambungan backpacking Malaysia coming soon.
16. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , on 23-04-2008 16:51
ape lagi bro!.... saman ler... dapat duit bleh wat bidio klip korang lagi power... dah dapat jangan lpe blenje gua ek!!!
17. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 24-04-2008 00:24
habis tu bacaria taknak saman ke syokkawin hambik gambor surat kabau derang post dlm blog..?
18. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 24-04-2008 07:54
dan seterusnya... sekurang2nya bagi kredit ke? hightlight sikit sumber dari mana ok juga. kalo tak silap chot.wordpress pun mengalami situasi yang sama. watermarkpun derang buang. memang patut kena saman pun. cuba jengok kat sana.
19. Written by Herman@Paiman, on 02-05-2008 18:39
Lepas apa yg dah jadi kat ko ni, aku dah malas dan hilang selera nak baca Bacaria lg!! baik aku baca Gempak@Starz lg berpekdah, sekurang2nya tak kencing orang!! ko buat jer apa yang patut Amin, Allah bersama2 org yang benar!!

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4

 
PreviousPrevious   NextNext