Seleksi Gambar-Gambar Menarik
User Rating: / 67
PoorBest 
Written by Kumprinx   
Friday, 28 March 2008
Gadis ketagih Porno

Dalam komputer gua ada banyak gambar-gambar menarik, aneh, gambar pelik, dan curious yang gua tangkap sepanjang setahun lebih menggunakan kamera telefon 2mpx. Jadi gua ingat kalau gua simpan je apa guna ye? So gua tunjukkan kali ini beberapa keping gambar yang gua berjaya tangkap.

Gambar atas: Gadis ketagih porno. Suratkhabar apa gua tak ingat dah. Gua snap masa tengah pekena mee kari kat kedai Pakteh Mee Kari selepas menjerit "WTF!!". Sejak hari tu gua yakin, dari aspek pornografi ni, laki pompuan sama je.

Lagi gambar menarik..

Kedai Pakaian Jenazah

Kedai Pakaian Jenazah
Apakejaddah kalau dah jenazah mahu memakai pakaian jenazah? Itu jam gua dalam bas. Kat kolumpo. Teringin jugak gua nak singgah kedai tu tengok apa fesyen-fesyen jenazah yang tengah 'in' skang ni.

Cicah Beromen

Cicak Beromen
Gambar ni gua tangkap dalam tandas kat umah gua. Itulah first time gua nampak cicak beromen. Sungguh unik position diaorang. Teknik ini gua rasa dikenali sebagai spooning. Lama jugak gua tunggu diaorang manalah tau dia ada lagi posisi-posisi yang lebih menarik. Tapi takde. Macam tu je dari mula sampai habis.

Seluar Jeans

Seluar Jeans Mail
Ini apa punya style sidai seluar. Tapi dari yang gua nampak, teknik ni berkesan. Cepat kering. Tapi dah macam gantung daging je. Nanti kalau sembelik lembu, dawai tersebut boleh direcycle.

Cute Puppy

Anjing Bantut Kat Umah Amar
Gua tak tau anjing ni budak lagi ke ataupun dia memang bantut. Mula-mula gua ingat apajaddah jiran Amar ni letak plush-toy kat laman umah? Tiba-tiba mende ni bangkit menyebabkan gua freak-out. Rupanya anjing betul. Comel macam snoopy. Dah tu, ada hati nak menyalak kat gua. Dia ni kalau gua tampar, sah terpelanting.



Add as favourites (157)

  Comments (5)
1. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 28-03-2008 20:42
peh gile ar gamba pelik byk...upload lg..hahah...
2. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 29-03-2008 00:28
Gambar cicak beromen tu aku tak tahan nak gelak hahaha gua pun 1st time tengok nih
3. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 29-03-2008 00:38
gua teringin untuk mengetahui lebih detail lagi kdai pakaian jenazah tu....boleh buat lawatan sambil belajar....cam kat area bus stand pekeliling jerr tu??ye ke??
4. Written by Herman@Paiman, on 01-04-2008 17:43
Menjijikkan!!! Apakejadahnya cicak2 di zaman moden ini? kemana perginya nilai2 moral mereka??
5. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 23-08-2008 23:58
Upload lagi gambar-gambar yang canteek. Aku terhibur sungguh......

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4

 
PreviousPrevious   NextNext