|
Review : Padi - Tak Hanya Diam |
|
Written by Kumprinx
|
|
Monday, 24 March 2008 |
Berikut adalah review album baru Padi - Tak Hanya Diam. Mana gua dapat, download, torrent, rapidshare, megaupload ke apa jangan tanya.
Begini ceritanya adik-adik...
4-5 hari lepas gua rujuk balik cd-cd back-up lama gua nak cari certain file. Secara tak sengaja gua ter-ketik lagu Padi-Seperti Kekasihku yang kebetulan gua ada backup dalam cd tu. Sekali dengar, pehh.. Masyuk gile. Dah lama aku tak pekena Padi. Lalu aku meng-copy balik lagu-lagu Padi tersebut ke dalam kompiter dan layan di waktu-waktu senggang.
Zaman dulu-dulu masa Padi, Dewa19 bolos masuk pasaran Malaysia ni gua memang terkasima dengan kualiti muzik diaorang ni. Fresh dan original. Sekali masuk pulak band-band merepek seperti Radja, Simsons dan Sofaz gua terus naik menyampah. (Ini dari perspektif konsumer ya adik-adik..) Semua berlumba-lumba nak masuk market Malaysia ni. Kalau yang sedap tu takpe jugak. Ini yang tak sedap pun nak masuk sama. Gua ban terus lepas tu.
Sekali kelmarin gua bukak ROTTW baru, rupanya Padi ada album baru. Jadi guapun terus 'mendapatkan' album tersebut untuk melihat samada Padi masih mampu mengekalkan bisa diaorang berbanding Dewa19 yang semakin down kualitinya. Gua pun mengenakan my trusted earphone dan layan.
Padi masih bisa. Namun ada sedikit sentuhan influence 'band UK tu' dalam riff-riff diaorang. Kekuatan Padi yang paling primary masih terletak pada vokal diaorang yang distinct dan mampu membuai jiwa pendengar. Dan sound diaorang masih lagi fresh seperti dulu. Campur aduk lirik dalam english pun tidak kedengaran merepek. Dari aspek lirik juga, ia sungguh ekselen dalam meng-connect bait-bait kata secara direct kepada pendengar. Vokal dia juga mampu tarik mood lagu dengan berkesan.
Bagi gua, gua suka dengar lagu melalui earphone dengan volume full blast ketika stress/buat kerja/jiwa-jiwa. Gua gemar memecahkan muzik tersebut mengikut instrument-instrument yang digunakan. Dengar dan tangkap gitar dia main macamana, effect apa yang digunakan, bass dia petik apa, drum dia ketuk apa down to every strike. Mendengar Padi sungguh menyeronokkan sebab dalam satu-satu part, ada banyak overlay gitar. Soundnya betul-betul 'full'. Arrangement kemas dan berkesan. Solo-solo diaorang masih letup dan unik-Padi style. Kekuatan setiap instrumentasi diaorang balance. Jelas, mereka ambik serius dalam aspek menulis lagu. Rock macam ni yang gua berkenan. Bukan macam ada band tu, gitar petik 4 kod je dressing kemain.
Overall album Padi - Tak Hanya Diam ni adalah album yang gua cenderung nak pasang bila gua sit-back after a hard days work. Pejam mata, pastu bibir tersengih-sengih dengar overlay gitar yang paling belakang sekali. Nak jadi anthem tekanan perasaan pun ok gak (bukankah semua lagu Padi ni anthem tekanan perasaan?)
That being said, Padi masih lagi peberet gua. Gua ingat Padi banyak menemani gua melalui masa-masa sukar dalam hidup ni (gua banyak 'heal through music'). Padi adalah satu-satunya band yang menyelamatkan perspektif gua terhadap muzik import dari seberang ni. Haruslah ada sekurang-kurangnya satu band yang gua respek demi menghormati amalan eksport-import ni sebab band-band kita pun ada jugak yang hajat nak bolos ke sana. Respect the game la dey..
Seleksi gua dalam album Padi-Tak Hanya Diam: -Terluka -Rencana Besar
Add as favourites (162)
1. Written by Herman@Paiman, on 01-04-2008 18:06 Aku respek ko punya knowledge pasal muzik, mmg tahap 50 petala langit!!! tapi pd aku, aku still suka SheilaOn7 dan hanya lagu2 diorang yg layak masuk MP4 aku tg mulia ni, tapi aku pelik naper band baru kat malaysia takleh buat mcm band Indonb?? takkira dari segi lagu dan klip video!!! |
2. Written by ametzeR , on 31-05-2008 14:51 hehe dewa19 bkn makin down kualitinya..tp dhani sendiri buat knyataan akhbar, die simplekan sikit muzik2 dlm dewa19..sbb org skrg nak muzik yg lebih ringan..mcm muzik andraNthe backbone, wlopun andra yg banyak buat lagu, tp lagu2 dorg simple amat..mcm bkn gitaris dewa yg buat..tp tula hakikatnya..minat umah manusia berubah2.. -secebis dr aku ;) |
Only registered users can write comments. Please login or register. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4 |