Backpacking Malaysia Part 7 : Penang Day 1
User Rating: / 1
PoorBest 
Written by Kumprinx   
Sunday, 20 January 2008
Pulau Pinang

Nota : Siri Backpacking Malaysia adalah rentetan pengembaraan gua dan Mael menjelajah Malaysia selama 10 hari bermula dari 3 hingga 12 September 2007. Semua tempat-tempat yang diceritakan dalam siri ni kitaorang bukan pergi secara berasingan sebaliknya secara sekali harung dalam satu trip. Ini adalah rentetan peristiwa yang berlaku setiap hari kami dalam perjalanan. Jadi kalau korang baru mula mengikuti siri ini, gua sajes korang catch-up dari mula dengan menekan button 'Backpacking Malaysia' kat belah kiri tu. Walaubagaimanapun, setiap siri dalam backpacking Malaysia ni masing-masing dapat berdiri sendiri dengan paduannya yang tersendiri.

Backpacking Malaysia, hari ke-enam..

Setelah beberapa jam dalam bas kami tiba di Butterworth. Hari dah semakin petang. Perut gua dah naik lapar gila punya. Sepanjang hari tu dalam perut gua hanya ada buffet breakfast yang kitaorang pekena pagi tadi kat Ipoh, Perak. Sampai kat perhentian bas Georgetown tu stesen bas dia tak rupa stesen bas. Stesen bas kat Kuala Lipis lagi ada rupa macam stesen bas. Kat sini, jalan tak berturap, debu banyak, orang banyak, dan bas pun banyak main reverse je semacam walaupun ada ibu mengandung melintas kat belakang bas tersebut. Keadaan juga agak kucar-kacir dengan orang ramai yang entah nak pergi mana.
Itu jam sasaran kitaorang hanya satu, iaitu naik feri ke Pulau Mutiara tersebut. Dan sepanjang hayat gua rasa tak pernah hamjaddah naik feri Pulau Pinang ni dan gua harem tak reti nak naik kat mana/macamana. Jadi kami hanya mengikut arus manusia dan membuat penakulan mengikut majoriti. Kerana gua saspek orang ramai-ramai ni mesti nak naik feri jugak. Nasib baik teori gua betul.

Bila nak naik feri, kena beratur, pastu ada satu kaunter kat tempat masuk menunggu feri tu. Gua ingat kaunter beli tiket, gua pun dengan yakin mintak kat brader kaunter tu, "Bang, tiket feri 2 aa..". Rupanya kaunter tersebut hanyalah tempat menukar syiling RM0.50 untuk dimasukkan dalam mesin duit tempat feri tu. Nak naik feri, kena bayar 50sen, masuk dalam mesin, baru dia bagi masuk, ke ruangan menunggu.

feri

Dari ruangan menunggu tu gua nampak feri datang. Seketika kemudian berbondol-bondol orang keluar dari feri tu, bila feri dah kosong, baru penumpang yang menunggu ni dilepaskan masuk ke dalam feri. Sementara kat tingkat bawah sana perkara yang sama berlaku terhadap kenderaan seperti kereta dan motorsikal. Heh.. feri ni 2 tingkat beb. Walaupun gua rasa macam kambing dalam kandang, namun gua puas sebab berjaya naik feri Pulau Pinang. Selama ni tengok dalam gambar/key-chain/poster/setem je.

Tempat duduk feri tu takde la glamer sangat. Kerusi papan je. Kerusi ni pun boleh tahan magik sebab dia dua hala. Kita boleh ejas nak duduk tala ke depan atau ke belakang. Mungkin sebab feri ni tak berpusing dan sesetengah orang tak berkenan nak naik feri dalam keadaan reverse. Tandas pun ada atas feri ni, tapi untuk 'kegunaan ringan' sahaja. Kalau nak buang yang 'heavy' dia tak bagi. Kena tunggu sampai feri selamat berlabuh dulu. Feature feri Pulau Pinang ni yang paling gua saspek adalah smoking room. Walaupun smoking room ni rupa macam tandas awam, tapi gua rasa terharu sebab diaorang juga mengambil kira kebajikan perokok (yang prihatin macam gua ni, asap rokok segan nak hembus merata).

feri

Atas feri keadaan dah berubah. Kalau tadi, kat Ipoh mungkin loghat Perak bunyinya agak familliar dengan loghat Pahang. Tapi kat sini, bunyi persekitaran (ambience) dia sangat-sangat berbeza and like nothing i've ever experience before. Gua memasang telinga dan cuba absorb perbualan-perbualan yang gua dengar di sekeliling gua. Seketika gua tersentak..
"God damn it! gua dah termasuk dalam filem Mami Jarum Junior!!"

Akhirnya setelah kira-kira 15-20 minit, feri sampai ke Georgetown. Mende first yang gua nampak kat Pulau Pinang ni adalah eccentricity. Walaupun gua sendiri tak pasti maksud perkataan tersebut, namun gua rasa ia perkataan yang sesuai tak tau kenapa. Kami disambut oleh seorang pakcik albino mintak sedekah. Mail selamba ambik gambar, gua risau jugak takut dia tetiba snap. Mana tau dalam jubah dia ada pedang samurai ke apa.

Walaupun perut gua lapar tak hengat, namun kami terpaksa bergerak mengikut priority misi yang telah ditetapkan iaitu mencari hotel kitaorang sebelum mentari terbenam. Nanti kalau dah gelap sesat pulak macam-macam boleh jadi. Hish. Kali ni gua dah buat reservation awal-awal lagi sebelum bertolak dari Ipoh tadi. Hotel kitaorang tu bapak susah nak cari. Cilakak betul. Walaupun kami memiliki road-map yang komprehensif, namun kami tetap sesat sebab.. err.. wait for it.. kami takde kompas. Dengan lorong-lorong kecik, dan bangunan vintage yang lebih kurang design-nya, it is almost impossible to navigate without a map (dan kompas atau pengetahuan mengenai tempat matahari terbenam tu arah mana heh..).

penang

Tulang bahu dah macam nak roboh. Beg jadi makin berat. Baju dah basah kena peluh. Kaki dah makin longlai. Perut dah bunyi bukan-bukan. Kelaparan yang jitu semakin mencengkam. Hotel tak jumpa-jumpa. Gua dah saspek nama hotel tu dia tulis cina sebab tu kitarang tak jumpa. Padahal kami dah jumpa jalan yang betul iaitu Lebuh Chulia. Persoalannya, Lebuh Chulia ni panjang mana? Pastu yang lorong kecik-kecik tu Lebuh Chulia jugak ke?

Akhirnya setelah hampir 2 jam berjalan kaki dalam cuaca panas dan kelaparan yang maksimum, kami jumpa jugak hotel yang dicari. Hek ele, entrance dia tersorok di sebalik sebuah pub yang telah ditutup. Kami terus ambik kunci dan naik ke bilik. Bapak lega jumpa tilam. Dapat mandi-mandi, layan air-cond semua. Namun ada satu lagi yang belum selesai. Pada masa itu, kelaparan dah semakin mencengkam jiwa. Mail dah start meracau. Gua dah start karate-karate tv. Setelah mandi dan bersiap sedia, kami turun untuk mencari sesuap nasi.

hotel penang

Kat Penang ni banyak kedai mapley. Kat mana-mana pun ada. Gua tak tau nak pilih yang mana satu. Akhirnya kami pilih yang paling cantik setting tempat duduk dia dan terus menerpa masuk ke dalam premis tersebut. Meja, kerusi habis gua langgar, sampai kat kaunter, gua tepuk meja kaunter tu dengan kedua-dua belah tangan sekuat-kuat hati untuk menarik perhatian uncle yang lepak kat situ, juga tindakan gua ni bertujuan menunjukkan bahawa gua kini 100% serius dan kalau tak diambik serius gua bisa lempang sesiapa sahaja secara rawak. Sejak dari atas feri lagi, bukan, sejak dari Ipoh lagi.. err.. bukan, sejak dari start trip backpacking malaysia ni lagi.. emm.. bukan bukan.. sejak dari darjah 5 lagi gua dah mengidam nak sebut kata-kata keramat ini dalam interaksi yang serius dan bukan main-main. Gua menarik nafas dalam-dalam, tenaga dalaman gua ditumpukan sepenuhnya, dengan nafas yang penuh kepuasan dan gilang gemilang, gua menjerit,
"NASIK KANDAR DUA!!!".

Kerana experience seterusnya yang lebih grand, ia mampu berdiri di kaki sendiri tanpa berharap kepada brand 'Backpacking Malaysia' ni. Jesteru gua pecahkan bahagian ini kepada 'sub-story' bertajuk,

KERAMAT KARI (KING OF KARI)

Keramat kari

Kari. Perkataan yang simple. Ada antara kita yang hari-hari makan kari. Kari-kari makan hari. Makan nasik, lauk kari. Roti canai, lauk kari. Mee pun makan dengan kari. Namun sepanjang hidup gua, kari yang gua berjaya nikmati tak pernah lari dari bayangan serbuk kari Adabi ataupun Linggam's. Dan di Kuala Lipis ni, kari diaorang biasanya pedas. Biasanya gua ambik sikit je kuah kari ni untuk makan dengan nasik. Dan rasanya semua sama, kalau tak rasa macam serbuk kari Linggam's, dia rasa macam serbuk kari Adabi. Jesteru gua naik boring dengan kari. Lebih-lebih lagi kebanyakkan orang kat sini selera diaorang gemarkan makanan yang pedas, dan preference (terhadap kepedasan) tersebut telah menjangkiti citarasa kari dan kari yang gua kenal hingga saat ini, adalah kari Adabi/Linggam's yang sangat pedas.

Di Pulau Pinang, setelah menjerit kata-kata keramat idaman gua tu ("Nasik Kandar Dua!!"), uncle yang jaga bahagian nasik tu mula mengaut nasik ke dalam pinggan. Lepas tu dia mula mencurahkan kari ke dalam nasik. Ada kira-kira 5 jenis kari yang berbeza. Dan kesemuanya dia curahkan ke dalam pinggan gua with precision measurement. Gua menjadi kaget. Tangan dia sungguh laju sampai gua tak sempat nak bagitau dia kurangkan kari dalam nasik gua sebab gua takut pedas. Namun ia sudah terlambat. Nasik gua yang putih berasap tu telah dicemari dengan warna merah, oren dan kuning kari 5 jenis pelbagai perisa. Bila gua komplen, dia sembur balik gua, "Tadi you mintak nasik kandar? Ini la nasik kandar! Cit poodah!"

Dengan muka selenge gua bawak nasik kandar gua tu ke meja. Gua menjadi pilu. "Ini tentu pedas tak hengat ni..", bisik hati gua. Namun perut gua lapar tak hengat jadi gua ingat, telan je la. Nasik gua gaul dengan jari-jemari gua. Pergerakan gua lemah. Tak semangat. Bercampur dengan kari, nasik menjadi warna oren. Dengan lafaz Bismillah gua menyuapkan nasik ke dalam mulut. Tiba-tiba...

Seraya kari tersebut menyentuh lidah gua, buat seketika Lebuh Chulia yang sibuk dengan bas, kereta dan orang ramai tu tiba-tiba berubah menjadi kaki pergunungan Himalaya yang indah. Di kejauhan, puncak-puncak gunung berdiri megah diselaputi salji yang putih suci. Gua terasa seolah-olah berdiri di tebing sungai Ganges yang mengalir lesu dan bersinar keemas-emasan disinari mentari, dengan dataran luas menghijau dipenuhi rumput yang segar dan bunga-bunga aneka warna meliuk ke kiri dan ke kanan ditiup angin lembut. Langit membiru dengan awan-awan berarak lembut seperti kapas. Soundtrack filem Sanggam berkumandang megah di udara dengan Surround Sound 5.1. Orang kampung datang menari bersama dan bergerak riang gembira penuh senyuman dalam gerak tari yang sama tanpa sebarang cacat-cela dari aspek koreografi. Ashwayara Rai berlari-lari manja ke arah gua dengan payudara yang bergoyang kenyal dan terus memberikan kucupan lembut ke pipi gua.

"Huh! Kh..k.. kari apakah ini?!", gua menjauhkan diri dari kari tersebut dan tiba-tiba kembali ke alam nyata. Mata gua terbeliak merenung kari di atas meja yang bersinar-sinar ibarat emas memanggil-manggil gua untuk menyuapkan satu lagi suapan ke dalam mulut. Tangan gua terketar-ketar. Gua ambik suapan yang kedua, tiba-tiba keadaan berubah menjadi kaki pergunungan Himalaya yang indah. Di kejauhan, puncak-puncak gunung berdiri megah diselaputi salji yang putih suci. Gua terasa seolah-olah berdiri di tebing sungai Ganges yang mengalir lesu dan bersinar keemas-emasan disinari mentari, dengan dataran luas menghijau dipenuhi rumput yang segar dan bunga-bunga aneka warna meliuk ke kiri dan ke kanan ditiup angin lembut. Langit membiru dengan awan-awan berarak lembut seperti kapas. Soundtrack filem Sanggam berkumandang megah di udara dengan Surround Sound 5.1. Orang kampung datang menari bersama dan bergerak riang gembira penuh senyuman dalam gerak tari yang sama tanpa sebarang cacat-cela dari aspek koreografi. Ashwayara Rai berlari-lari manja ke arah gua dengan payudara yang bergoyang kenyal dan terus memberikan kucupan lembut ke pipi gua. Kali ni ada sorang lagi aktress hindustan gua tak ingat nama dia (tapi body dia solid jugak) memberikan kucupan lembut di pipi gua yang satu lagi (belah kiri pulak).

Kari tersebut sungguh magis, like none I've ever tasted before. Inilah 'seni kari' at it's purest. Gua sungguh-sungguh tak menyangka prestasi kari ini sebegitu unggul dan champion. Gua dapat rasa setiap rempah, setiap cengkih, daun kari, setiap perisa yang diaorang letak dalam kari tu. Semua rasa, manis, masin, pedas, diseimbangkan dengan sempurna sampai gua tak boleh define apa yang gua rasa tu. Pedas dia terasa, but it is very comforting punya pedas. Dan tak meninggalkan sebarang rasa pijar dalam mulut. Sentuhan kemanisan dalam kari tersebut rasa macam madu tapi langsung tak menjejaskan karakteristik rasa kari itu sendiri. This is kari at a whole new level. Setiap suapan gua memberikan sensasi penuh adrenalin, dalam setiap kunyahan mulut gua masih terliur dengan suapan seterusnya. Ibarat, mende tu dah ada dalam mulut tapi masih rasa terliur. Air mata gua nyaris-nyaris menitis kegembiraan. Gua sungguh teruja. Secara rasminya, kari kat Pulau Pinang ni menjadi tanda aras bagi semua kari-kari yang akan gua makan seterusnya.

Bagi menambahkan lagi dalil mengenai kehebatan kari tersebut, gua rasa kalau sesiapa ambik setitis kari ni, bungkus dengan kain kuning ikat kat pinggang, nescaya orang itu akan menjadi kebal tak lut senjata. Kalau ada bebudak kecik yang demam menangis berhari-hari lamanya, hanya campur setitik kari dengan air mandian budak tu, nescaya dia akan sihat semula. Superman tu, dia celup spender dia dalam kari ni, sebab tu dia boleh terbang. Zaman dulu, orang curah kari ni dalam lubang tiang utama rumah yang ingin dibina untuk mengelakkan anasir jahat dari menganggu rumah. Letak semangkuk kari ni depan pintu rumah, nescara orang minyak tak masuk. Lumur kari ni kat spek mata korang, spek mata tu akan jadi spek mata x-ray. Curah kari ni kat processor komputer, boleh overclock sesuka hati tanpa overheating. Letak dalam tangki minyak motor EX5, EX5 boleh lari 220kmp/h. Shesh!

kari

Kat mana kitaorang pekena kari ni, I'm not telling. Sebab this type of endorsement must worth something, at least a lifetime supply of kari. Takkan free-free je gua nak kempen kedai tu. Kaya la dia. Korang cari la sendiri kat Jalan Chulia tu mapley yang mana satu.

Tamat sub-story Keramat Kari.

Gua tersandar kekenyangan. Rokok berbondong-bondong gua hisap, keringat di dahi mengalir laju menandakan gua baru sahaja selesai pekena makanan yang premium. Mulut gua tersengih-sengih sendirian. Tiba-tiba hari hujan. Cis, takde untung. Tak jadi jalan-jalan macam ni. Kami mengambil keputusan untuk kembali ke hotel dan berehat sahaja. Dan pada saat itu juga gua mengambil keputusan untuk extent lawatan kami ke Pulau Pinang ni lagi sehari. Supaya gua dapat 5-6 meal lagi untuk pekena kari yang champion ini.

beg

Dalam perjalanan ke hotel kami terjumpa sebuah kedai kecik. Ada sepasang cina dalam kedai tu. Kedai ni membuat beg. Ada mesin jahit satu. Kat dinding semua penuh dengan kain kanvas, kain tebal, kain nipis, kain apajaddah, velcro aneka warna semua ada tergantung. Kerana terpengaruh dengan bahan yang digunakan, gua dan Mail berjaya paksa pasangan cina tu buatkan beg untuk kitaorang from scratch mengikut spesifikasi. Auntie cina tu sungguh cekap, sekejap je siap beg laptop gua. Gua gembira, sebab skang gua ada sebuah beg hitam yang kalau ada orang tanya gua dengan bangganya boleh cakap, "I got it custom handmade in Penang!".

Kerana hujan, malam tu kami hanya berehat kat bilik hotel sambil menonton Bajet 2008. Lawak jugak Pak lah ni rupanya.

Bersambung..

Akan datang:

penang

Backpacking Malaysia Part 8: Penang Day 2 - Kumprinx meet his lifetime idol/hero. Siapakah orang itu? Tunguuu... (cet!)


Add as favourites (150)

  Comments (11)
1. Written by nicknuck, on 21-01-2008 00:25
ayat ngko tak ingat punya..part nampak pergunungan himalaya tu.. :p lolz..
2. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 21-01-2008 00:39
kebiasaannya begitulah kari mapley, mereka gunakan rempah buatan sendiri, ada 1 masa tu aku dengar ada usaha untuk mengkomersialkan kari dari penang nih, wakaka patung hentai
3. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 21-01-2008 11:06
gua suspek, lu dah salah tarikh la bro, tahun 2008 ke tahun 2007?.. :D typing error kot....
4. Written by ayobkelubi, on 21-01-2008 11:11
macam haram ayat makan kari nampak gunung..hahaha.lu sempat jalan2 area chowrasta tu tak kump?
5. Written by kumprinx, on 21-01-2008 14:08
aiseh, typo error pulak. dah ejas. huh.. 
 
Tak byk tempat jalan. tak cukup masa. nanti dalam Day 2 aku cerita.
6. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 22-01-2008 09:05
Gila champion kari dia...ni musti guna Rempah Ratus yg diimport khas darik Mumbai sana
7. Written by mushluv, on 22-01-2008 11:13
heh, kalo dah kumprinx tu, kumprinx jua la :P btw, nice penulisan lu ni
8. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , on 22-01-2008 13:42
aduhhhhhhhhhhh..nak putus tali perut aku baca catatan mu
9. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 29-01-2008 06:30
perr bestnye.. syok baca
10. Written by ultrabae, on 08-02-2008 15:44
sungai ganges tu kaki pergunungan himalaya ek..x penah tau la plak..
11. Written by Herman@Paiman, on 02-05-2008 18:57
Aku pun nak citer pengalaman aku makan Nasi kandar kat Kl area Pudu tapi dia punya kari rasa gampang tahap Gaban!! jeles giler aku baca betapa sedapnya kari yg ko rasa tu!!wuuu..wuuuu... naper aku tak dapat kari mcm ko punya tu!!!sedih!! sedih!

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4

 
PreviousPrevious   NextNext