|
Backpacking Malaysia Part 6 - Ipoh |
|
Written by Kumprinx
|
|
Sunday, 13 January 2008 |
Dari Seremban kami naik Komuter ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa entah berapa lama gua tak ingat sebab badan letih. Sampai Kolumpo kami terus menuju ke Puduraya untuk ambik bas ke Ipoh. Puduraya zaman skang ni wa cakap lu, macam harem dah jadinya. Ulat tiket merata-rata. Terjerit-jerit macam orang gila. Walaupun tiket yang diaorang jual tu legit iaitu sah digunakan, namun stail diaorang jual tu aku cukup tak berkenan.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk angkat tiket Transnasional. Sebab gua dah lebih satu dekad naik bas transnasional ni tanpa sebarang masalah, dan tiket diaorang juga tidak dijual melalui ulat tiket. Gua dapat tiket petang dalam pukul 4.30pm gitu. Sementara menunggu bas, kami hanya melepak kat tangga puduraya tu sambil pekena Dankin Donat.
Akhirnya bas tiba. Orang tak berapa ramai dalam bas sebab bukan hari cuti. Jadi kami dapat rilek dalam bas dengan tenang. Tapi bas tu pulak tak tenang. Dia tak bawak laju, tapi sepanjang highway dia bawak straight gear 1-2 sahaja menyebabkan kebisingan enjin yang maksimum.
Menjelang petang kami tiba di bandar Ipoh, Perak. Stesen bas tu apa nama dia gua tak ingat, tapi setibanya di sana kami diserbu oleh prebet sapu. Gua naik rimas dan terus melarikan diri ke hentian teksi. Naik teksi lebih yakin. Walaupun kena pow ngan brader teksi tu sampai RM10. Janji selamat sampai ke destinasi.
Kami menuju ke Majestic Hotel. Tanpa reservation, kami dengan konfiden je bajet ada bilik kosong. Nasib baik ada. Brader receiptionist tu cakap itu bilik yang last sekali sebab time tu banyak polis berkumpul kat Ipoh. Menurut brader tu, ia disebabkan oleh ketegangan kaum yang sedang berlaku kat Pasir Gudang ketika itu. Entah ye entah tidak gua tak tau, Janji ada bilik.
Majestic Hotel ni adalah sebuah bangunan lama yang dulunya pejabat admin stesen keretapi kalau tak silap aku. Bangunannya sungguh vintage. Dinding dia tebal tak kurang dari 2 kaki. Jesteru suhu dalam bangunan sentiasa dingin. Sewanya pun sungguh murah RM70 semalam siap ada free breakfast. Mengikut buku panduan gua, Hotel majestic ni adalah 6 Star Budget Hotel yang sangat sesuai untuk backpackers. Moreover, gua memang into mende-mende vintage ni.
Majestic Hotel ni ada sebuah lift vintage. Lift ni sangat tua, sampai gua rasa siapa yang berani naik tu memang suicidal. Pintu dia kena tutup sendiri pakai tangan. Bila naik dia akan bergoyang macam nak putus talinya. Mujurlah lift tu 2 tingkat je. Kalau tinggi lagi gua akan tulis wasiat sebelum naik.
Malam pertama di Ipoh gua sangat letih. Dan gua ingat nak berehat je dalam hotel namun perut pulak buat hal. Tak makan tengahari lagi sejak meninggalkan Seremban tengahari tadi. Gua try call McD untuk order burger barang sebijik dua, namun orang McD tu bangang tak hengat, cakap putar belit, tak tau jalan nak pergi hotel tu despite accurate direction yang gua berikan.
Insiden McD bangang tu menyebabkan kami terpaksa keluar di malam hari untuk mencari sesuap nasi. Atas direction brader receptionist tu kami menapak menyusuri jalan yang gelap di bandar Ipoh untuk ke kedai makan.
Ipoh di waktu malam sangat horror. Kedai-kedai semua tutup awal. Takde langsung muda-mudi merempit, melepak dan berjalan-jalan. Lorong-lorong semuanya gelap gelita. Kami mempercepatkan pace perjalanan takut kena terkam dengan drug addict dari lorong yang gelap.
Akhirnya kami tiba di Medan Kid. Takde la jauh sangat berjalan kaki, tapi sebab perjalanan yang horror tu rasa macam jauh. Medan Kid pada hujung 80an dulu adalah ibusawat rockers kalau tak silap gua. Tempat rockers-rockers melepak hujung minggu. I feel right at home, walaupun scene Medan Kid dah tak sehavoc dulu (tak tau la kalau siang hari). Kami pekena makan mende yang runcit-runcit je sebab nak cepat balik ke Hotel dan tido.
Keesokan harinya kami terpaksa bangun pagi sebab nak claim free breakfast. Kalau takde breakfast tu memang harem la, mesti terlajak sampai petang punya. Keluar kat balkoni hotel tu, scene bandar Ipoh telah berubah. Malam dia horror, siang dia cantik.
Kami mempekena makan dulu sebelum merancang perjalanan yang seterusnya. Atas meja buffet tu ada mee goreng, baked beans, sosej dan toast. Gua pulun habis semua sekali memandangkan semua itu free. Atmosfera kat Majestic Hotel ni sungguh magic. Rasa macam omputeh era sebelum merdeka dulu. Hallway balkoni yang panjang tu digunakan untuk tempat makan dan lounge. Kipas-kipas vintage berputar ligat menyejukkan pengunjung.
Maka sementara menunggu waktu check-out jam 12.00 tengahari kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar sekitar bandar Ipoh ni. Betul-betul depan hotel kitaorang ada sepohon pokok, err.. wait for it.. pokok Ipoh. Jadi gua mengambil gambar sebagi kenang-kenangan depan pokok ipoh tu sebagai bukti gua pernah pergi ke bandar Ipoh ni. Zaman dulu orang asli menggunakan getah dari pokok ini untuk menghasilkan peluru beracun bagi sumpit mereka. Rambo pun ada menggunakan getah pokok ipoh ini untuk menghentikan pendarahan. Namun ketika era perang Afganistan (Rambo III), Rambo telah bertukar kepada serbuk peluru untuk tujuan menghentikan pendarahan tersebut.
Sekitar situ juga ada satu monument memperingati mangsa-mangsa yang telah gugur dalam perang dunia pertama dan kedua. Setau aku zaman dulu ada satu tugu gangsa atas monument tu. Skang dah takde. Mungkin kena rembat dengan penagih dadah.
Selepas itu kami menuju ke Tourist Information Centre Ipoh untuk mendapat apa-apa information yang diperlukan. Akak tu cakap kalau jalan kaki nak jalan-jalan kat Perak ni memang takde untung. Kena ada kereta atau motor. Namun kata-kata akak tu tak mengagalkan semangat kami unbtuk terus meneroka bandar Ipoh ni. Kemudian kami jumpa menara jam JWW Birch kalau tak silap aku. menara jam ni sungguh vintage dan indah buatannya, dengan patung-patung yang begitu teliti buatannya. Gua saspek ada unsur Freemason dalam jam ni.
Meneruskan rondaan di bandar Ipoh ni kami mendapati bagunan-bangunan kedai semuanya vintage. Macam kat Kuala Lipis jugak namun trade yang dijalankan kat kedai-kedai ni tak berubah sejak zaman dulu lagi. Kalau bengkel motor tu, semua yang dia jual spare part motor yang zaman bila punya moto. Kalau yang buat printing tu, mesin diaorang besar lori. Kedai yang buat mende-mende logam, mesin diaorang sungguh vintage, bebudak fabrikasi logam pusat giat Mara gua yakin haram tak reti guna. It's like travelling back through time ke zaman awal 1900an dulu. Gua juga sempat angkat kacang/maruku campuran dari seorang brader india tepi jalan.
Kacang/maruku dah angkat, maka skang ada satu lagi perkara yang gua kangen nak try kat Ipoh ni iaitu White Coffee. Walaupun pek White Coffe ni bersepah jual kat Pasaraya Aktif Kuala Lipis, namun gua lebih teruja untuk sip a cup kat bandar Ipoh ini sendiri supaya dapat tarik feel dia. Kami singgah di Old Town White Coffee untuk pekena. Itupun sebab itu je kedai yang kami yakin nak pekena. Lain semua kedai cina. Kami berehat seketika sambil merancang perjalanan dan menelepon proxy-proxy di Kuala Lipis untuk update keadaan semasa.
Maka tibalah masa untuk kami blah. Kami kembali ke bilik hotel untuk packing-packing barang. Paksa brader kaunter tu panggil teksi untuk bawak kitaorang ke stesen bas. Buat kali terakhir gua naik lift vintage tu. Tunggu 5 minit teksi pun sampai. Tiba-tiba teksi pulak buat hal. Teksi vintage tu tiba-tiba berhenti kat tengah-tengah jalan. "Gear box drop!", jerit pemandu teksi tu. Macam harem. Kami terpaksa naik teksi lain.
Akhirnya kami selamat meninggalkan Ipoh. Walaupun tak sampai 24jam berada di bandar vintage tu, namun kami berjaya mendapat rehat yang mencukupi untuk pengembaraan yang seterusnya. Dalam bas, gua tersentak. Kat Ipoh tadi gua lupa nak pekena Limau Barli. Cis!
"Takpe.. nanti sampai kita pekena buah pala..", bisik hati gua untuk menyedapkan hati.
Bonus : Lift Vintage Video
Bersambung.
Add as favourites (169)
1. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 13-01-2008 18:35 Lahhh apsal tak gi kuala kangsar... Lagi Vintage! |
2. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 13-01-2008 21:53 wow... am pernah ke ipoh sekali 6-7 tahun lepas... waktu zaman student... best jugak ipoh... next time memang nak pegi lai... |
3. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 13-01-2008 23:14 bro berapa kos keseluruhan korang backpacking ni, gua cam minat pulak, tapi nanti ingat nak melancong cara backpacking je |
4. Written by ijoy , on 14-01-2008 17:01 Yupp, kat medan kid tu dulu la selalu ade derang buat gig. kat atas tu ade satu studio jamming. Aku ade la berkesempatan main 2 3 kali kat situ. Info tambahan ni. hahaha |
5. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 14-01-2008 20:02 untuk merasai pengalaman vintage semaksimum mungkin di Ipoh, di sarankan kalian berdua ke pasar pagi memory lane Ipoh, di sini terkumpulnya peniaga2 barangan vintage old skool seperti periuk belanga pre-historic, radio klasik, lampu aladin, bundle koboi...etc: http://cheeserland.com/2007/06/memory-lane/ untuk merasai pengalaman yg lebih modern boleh ke Greentown, Kinta City, dan Sunway city ipoh, di sini gaya vintage sukar lagi didapati dengan pusat hiburan yg bercambah tiada batasan, anda juga mungkin akan dikejar oleh gadis-gadis jadian yg banyak berkeliaran di sekitar Kinta city(area Jusco)... di area medan kid dan Stesen Besar Ketapi(seperti yg direview) merupakan bandar lama, kawasan klasik yg dilindungi penuh oleh MBI, dan penuh dengan sejarah...di area itu juga pada hujung2 minggu keluarnya mat2 bangla/indon/myanmar secara maratahon, untuk melepak di area Yik Fong Plaza. psst: disarankan jugak kalo ke Perak, ambik tiket terus ke Lembah Lenggong Muzium...untuk merasai pengalaman pengembaraan Perak-man, merupakan manusia prasejarah.. dan artifak2 pra sejarah |
6. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 15-01-2008 10:05 ko pun ada pengetahuan dalam mendalami unsur-unsur Freemasonry nier ker?? |
7. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 15-01-2008 10:17 Satu pertandingan fotografi yang b bertemakan " What now, Malaysia after 50" sedang berlangsung mulai j Jan hinhha 27 Januari 2008, pertandingan tersebut di adakan di The Annexe Callery Pasar Budaya Kuala Lumpur, memandangkan kuprinx backpacking senantiasa menjelajah kepeluruk bandar kenapa tidak U alls join pertendingan tersebut, show the whole Malaysia bahawa Kumprinx can do something for Ur groups, kat lipis banyak pemandangan yang menanjukkan nun di Gua Bapong You can go in there so many kelawar hanging around, lombong Emas di Penjum boleh ambil gambar, jeram besu dengan air terjun dan batu batannya.tell the world what we have, thanks |
8. Written by Kumprinx , on 15-01-2008 11:44 Rjuna: Kos keseluruhan trip ni nanti gua dedahkan masa season finale Backpacking Malaysia ni. Azahar Ahmad/Truckster : Thanks for the info. Ni buat gua berkobar-kobar nak repeat ni! Ismi, nak kata banyak tahu tu takde la sgt, cuma aware je. hihihi.. Backey1: memang menarik. malangnya we dont have the right equipment. Gua hanya menggunakan telepon kamera, dengan sehabis baik. |
9. Written by ayobkelubi, on 15-01-2008 12:03 perggh,siap ada season finale nie.kalau jual idea backpacking ni buat mini series kat HBO,mau kaya lu bro. |
10. Written by kak ani, on 16-01-2008 08:53 semua gambar2 backpacking ni selama ni guna hp camera je? hmm.. sangat berbakat.. next time bagi tau kalau nak g mana2.. mana tau akak bole sponsor camera canggih.. |
11. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 16-01-2008 12:37 Maybe for da next Backpacking...akan menggunakan Kawasaki Turbo Replacement Model??? ada beran??? |
12. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 18-01-2008 00:04 korang tak terpikir ke bawak balik semut ipoh, lame dah aku tak jumpa spesis tu... |
13. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 19-01-2008 13:16 ko mmg dasat...cam nak join je... |
14. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 29-01-2008 06:34 truckster org ipoh ke? |
15. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 29-01-2008 11:48 aaaaa ye la kot.... |
16. Written by Herman@Paiman, on 07-04-2008 19:07 Aku cukup tertarik ngan rekaan jam tu, mmg ada ciri2 Freemason, rasa cam citer National Treasure la plak!! |
17. Written by hapacrita , on 14-10-2008 17:08 peh...limau barli ke limau bali? =p |
Only registered users can write comments. Please login or register. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4 |
|
Last commented
|
Art Tak Puasa
|
|
MEMANG KO PUNYA LEVEL DAH SAMPAI KE TAHAP LEBIH TINGGI!! TAK...
|
|
22/08/10 17:39
More...
|
|
By herman |
|