|
WTF Moment : Pembalasan Rambu |
|
Written by Kumprinx
|
|
Saturday, 29 December 2007 |
Gua mula into kepada filem-filem 'B' sejak gua menonton Grindhouse:Planet Terror. B Movie is very-very bad sampai gua tak sampai hati nak ketawa. Namun menonton filem seperti ini in the end is very rewarding. Gua tak tahu kenapa, tapi gua suka layan, walaupun jalan cerita, dialog, aksi semua macam harem.
Pembalasan Rambu adalah koleksi terkini gua. Dari tajuk filem ni kita dapat tau dia cuba nak jadi sapa. Emm..
Filem ini mengisahkan seorang penganggur bernama Rambu yang suka tolong orang baik. Kebaikan Rambu ini secara tidak langsung telah menjejaskan aktiviti jenayah Bronto, seorang king-pin area tu. Bronto berusaha menghapuskan Rambu tapi macam biasa Rambu tu hero, jadi korang paham-paham je la. Bronto kemudiannya menyuruh orang-orangnya menculik makwe Rambu (Rambu bersekedudukan ngan makwe dia ni). Makwe Rambu telah di rogol dan dibunuh. Bronto juga suka sedut satu serbuk putih masuk ke dalam hidung dia.
Ada video after the jump (shesh..)
Masa Rambu pergi balas dendam kat kuncu-kuncu Bronto ni dia telah ditahan polisi insuran (polis). Doa telah dikat jamin oleh Indra. Indra ajak Rambu join dia untuk menjatuhkan Bronto, tapi sebenarnya Indra ni saingan Bronto dalam arena jenayah yang sengaja memperalatkan Rambu. Rambu ditugaskan untuk mencuri 'dokumen kejahatan' milik Bronto. Indra mempergunakan dokumen kejahatan itu untuk black-mail Bronto. Akhirnya Indra setuju partnership ngan Bronto dan Rambu berjaya ditahan.
Ketika dalam tahanan, makwe kepada Bronto yang bernama.. wait for it... Clara telah membantu Rambu meloloskan diri. Clara akhirnya dibunuh oleh Bronto dan Rambu mula menyimpan dendam.
Akhirnya Rambu pergi attack sawmill ibusawat kejahatan Indra dan Bronto. Dan akhirnya Bronto ditahan polis.
Amacam? Menarik tak? Tunggu dulu, jangan buat apa-apa keputusan sebelum menonton 'compact version' filem Pembalasan Rambu yang gua modofied menggunakan Movie Maker ni. Saksikanlah aksi-aksi mendebarkan dan babak-babak separa lucah dan bogel termasuk scene makwe Rambu diperkosa oleh geng jahat.
Fakta menarik: -Untuk versi export, Pembalasan Rambu dibintangi oleh Peter O’Brien (yang muka dia ada ala-ala Rambo). Pita VHS filem ini dieksport ke seluruh dunia hingga ke Russia. Versi eksport ini dikenali dengan tajuk 'The Intruder'. Gua punya VCD ni adalah versi original yang dibintangi oleh Eddy Darmo.
Rambu IMDB
Add as favourites (138)
1. Written by stam , on 30-12-2007 11:27 haha... macam gampang edit. Ini dah taraf cult punya movie. |
2. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 30-12-2007 14:06 Giler kentang best!!! nanti bakal menjadik antara list azam gua tahun 2008 ntuk memiliki VCD Pembalasan Rambu.... Adakah aksi lucah yg dipaparkan dlm VCD lebih ngeri lg dari review kat blog hang ni??? |
3. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 30-12-2007 17:27 aaa..biar benor... beli kat mana ni? kedai pirate ke? |
4. Written by kumprinx, on 30-12-2007 17:34 ori ni beb.. |
5. Written by Delaila, on 30-12-2007 17:40 wah... menarik... bro, tak tingin jadik cam rambu ke?... jadikan azam tawun baru ke... kekeke... selamat tahun baru 2008~! |
6. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 30-12-2007 18:55 Selamat Tahun baru 2008, happy new year to everybody.. |
7. Written by mushluv, on 31-12-2007 09:07 kumpr, promote aa?!! :P bad movie for benchmarking.. |
8. Written by nicknuck, on 05-01-2008 22:55 torrent dia tak dek ke ?? hahahahhha.. :p |
Only registered users can write comments. Please login or register. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4 |