|
Karate Tengkuk : Kenaikan Harga Rokok Dan Anda |
|
Written by Kumprinx
|
|
Friday, 13 July 2007 |
Budak sekolah hisap rokok, budak dah berhenti sekolah hisap rokok, lelaki, perempuan, miskin kaya, mulia, hina, kutu berahak, bisnesman, pelacur, rockers, peniaga, penjual nasik lemak, jaga bank, semua hisap rokok.
Merokok sebahagian daripada anda. Kalau korang tak hisap rokok pun, jiran anda, orang yang duduk sebelah anda kat stesen bas, pakcik yang jogging depan umah korang hari-hari, makcik jual kain, bangla mat karpet mereka semua merokok.
Namun begitu gomen (kerajaan) juga banyak membuat kempen supaya rakyat menghentikan perbuatan tak berfaedah ini. Malah amaran juga dipaksa letak kat kotak rokok itu sendiri. Gua tak nafikan perbuatan merokok itu boleh membahayakan kesihatan dan sebatang rokok makan 3 minit nyawa kita. Kesnya budek-budak kecik pun tahu mende ni. Budak tadika pun tahu merokok membahayakan kesihatan.
Gua sendiri pun tahu. Tapi mendengar berita rokok naik harga menyebabkan gua cenderung naik darah. Berikut adalah dalil-dalil kenapa gua kuat naik berang setiap kali rokok naik harga:
Cash In Setelah kegagalan pelbagai kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mereka (gomen) berhasrat untuk mengaut keuntungan dalam bisnes yang pasti jual ni. Rokok mesti laku. Semua orang merokok. Jesteru bila duti eksais dinaikkan, ia hanya meninggalkan sedikit impak kepada pasaran rokok di Malaysia ni. Duit lebih yang diaorang dapat daripada kenaikan duti eksais ni bolehlah digunakan untuk perkara yang sia-sia seperti menghantar mat-rempit (yang bukan mat rempit sangat) terjun di khutub utara, repeat naik gunung everest sebab tak puas hati bukan melayu yang sampai puncak dulu dan lain-lain.
Mereka Fikir Rakyat Ni Bodoh Kalau dah orang tu gemar merokok, biarlah dia merokok. Naik la harga sampai RM50 sekalipun, rokok tetap dibeli. Sesapa yang rasa sayang nyawa/paru-paru, tak payah la merokok. Senang je! Kalau nak fikir ramai rakyat ni mati sebab merokok, ramai lagi yang mati sebab naik kereta nasional yang pakai 5 tahun dah rosak. Apa cerita?
Tak Tahu Malu Sepanjang karier gua merokok dah berapa kali dah harga rokok naik. Kalau taktik menaikkan harga rokok untuk menggalakkan rakyat berhenti merokok, ia pasti dah menjadi kenyataan masa awal-awal harga rokok ni naik dulu. Namun ia tak menjadi. Dan dengan tak tahu malunya mereka naikkan lagi harga rokok. Untung pun dapat, nama pun dapat.
Menyusahkan Rakyat "Kementerian Kewangan berkata langkah itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta menangani masalah sosial akibat merokok, terutama dalam kalangan golongan muda." They got it all wrong. Ok kita cuba fikirkan satu senario. Sebuah keluarga kelas pertengahan, tak miskin dan tak kaya. Bapak diaorang memang kaki merokok. Pastu tetiba kerajaan naikkan lagi harga rokok (yang dah sedia mahal). Bapak diaorang tentu akan terus merokok, sebab kenaikkan harga rokok ni adalah perkara cliche yang dah biasa sangat dah orang dengar. Lama-kelamaan ekonomi keluarga tersebut akan jatuh disebabkan harga rokok yang mahal. Duit untuk susu anak semakin short. Duit fardhu-ain anak pun short. Belanja sekolah budak pun short. Last-last instituisi kekeluargaan tersebut akan goyah, dan di sinilah bermulanya gejala sosial yang negatif. Anak-anak yang bermasalah selalunya datang dari keluarga yang bermasalah. Di sinilah lahirnya remaja yang lumba motor haram, seks luar nikah, sumbang mahram, rogol dan lain-lain. Bunyi macam tak kena? Kalau bapak (ketua keluarga tadi) tahu akibatnya sebegini dia mungkin akan berhenti merokok dengan sendirinya. Menaikkan harga rokok adalah tindakan yang paling 'lame' sekali gua pernah tengok. Buat malu je.
Team Malaysia kena sayur ngan team China tempohari juga disebabkan oleh kenaikan harga rokok. Ini ada kait mait ngan peranan Dunhill satu ketika dulu sebagai penaja siaran langsung bolasepak.
Banjir kilat yang melanda ibunegara tempohari juga disebabkan oleh kenaikan harga rokok.
Video klip budak sekolah berani dan lauk mat rempit juga terjadi kerana mereka sudah tidak mampu untuk membuang masa sambil merokok, jesteru mereka progress ke pekerjaan yang lebih ekstrim seperti cabul dan rogol beramai-ramai.
Akan datang banyak stesen minyak yang akan meletup kerana ada kejanggalan anomali di antara kenaikan harga minyak dan rokok.
Filem-filem tempatan akan terus menemui kegagalan sebab kenaikan harga rokok-dari tengok wayang cerita Diva baik gua beli rokok.
Gomen juga menggalakkan kebanjiran pendatang asing dari seberang ke negara ini dengan menaikkan harga rokok. Mereka datang sekali dengan brand rokok diaorang sendiri, yang jauh lebih murah dan asap yang lebih annoying.
Cetak rompak akan berleluasa dan seterusnya industri muzik malaysia akan terkubur kerana kenaikan harga rokok.
Gula, minyak masak, ikan, ayam dan daging akan naik harga sebab *most pekerja yang handle bebarang tersebut adalah perokok. Rokok naik harga, takkan barang tak naik?. Menjelang raya nanti mesti lagi havoc.
Kenaikan nilai matawang Ringgit berbanding US Dollar bukanlah satu alasan kenapa harga rokok perlu dinaikkan. Gua pun dah banyak rugi sebab kadar tukaran ni. Lagi mahu naik harga rokok.
Jesteru adik-adik semua, startlah menghisap rokok. Mana yang dah berhenti isap rokok tu boleh la mula balik. Dengan harga rokok yang mahal, tabiat merokok adalah satu perbuatan yang sangat elit dan bergaya. Anda akan dipantang tinggi oleh masyarakat kerana mampu membeli rokok.
Sekian sahaja komplen gua kali ini. Kita bertemu kembali dalam bahagian dua nanti, iaitu apabila rokok sekali lagi naik harga masa bentang bajet nanti.
Nota : Sesapa nak claim credit untuk gambar kat atas tu boleh la berbuat demikian sebab gua tak tahu/ingat kat mana gua rembat.
Add as favourites (202)
1. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 13-07-2007 16:09 eh mcm kenal je logo sekolah dia...xsilap aku budak2 ni sekolah menengah perempuan raja zarina port klang....aku tahu pasal pernah ada ada awek sekolah tu dulu2...heheheh |
2. Written by angel_baik, on 13-07-2007 16:14 selamat merokok pada semua perokok2... |
3. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 13-07-2007 18:07 tulisan anda sangat meyakinkan...deeemmmmm... |
4. Written by mushluv, on 14-07-2007 12:49 chick-lit tang gambo je ke? or begini gaya penulisannya? |
5. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 14-07-2007 19:50 hehe, emo nampak. rata2 kawan aku pun kalau dulu beli 20 skang beli 14. yg mana x sanggup nak beli jadi parasit, mintak sepam dua x pun sebatang dua terus... |
6. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 14-07-2007 20:29 ehem...sokong shutterspeak... yapi kan...kot selalu sangat mengepau rokok orang...kengkadang kawan pun naik rimas dan mula la nak lari... |
7. Written by Kumprinx , on 14-07-2007 21:15 Mana blah woo pow rokok orang.. aku kalau orang pow rokok akupun ketat nak bagi. nanti dia kena kanser rasa bersalah pulak. |
8. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 14-07-2007 21:16 Setuju dengan semua perkara di atas! Muahaha! |
9. Written by Kumprinx, on 14-07-2007 21:21 kita kena bukak union.. |
10. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 14-07-2007 22:23 org tak tak isap rokok bleh join union ni ka.??? ehehheeehe.. |
11. Written by kumprinx, on 14-07-2007 22:30 asalkan mengeluh harga barang naik, boleh join. isap tak isap belakang kira.. hehe |
12. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 14-07-2007 23:02 rokok naik x kisah.. minyak naik xpe.. haha |
13. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 15-07-2007 15:41 "Dengan harga rokok yang mahal, tabiat merokok adalah satu perbuatan yang sangat elit dan bergaya" best ayat ni.. aku tak kesah beli rokok, yg tak best member yg "taknak" ni.. taknak beli.. mengepow je.. |
14. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 15-07-2007 23:31 ahaha....bes je baca entri ni... jom merokok agar dipandang elit... |
15. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 15-07-2007 23:54 Aku tak merokok, jadi aku membangkang segala bebelan kamu, salam perkenalan. |
16. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 16-07-2007 12:51 tabik! entry yg best giler |
17. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 06-11-2007 14:09 nk suruh breti merokok maka jgn jual rokok..maka seludup rokok..maka hisaplah jugak rokok...drpd dok pikir pasal rokok ni..woi..mari kekawan..kita pekena rokok dulu..yahooo.. |
18. Written by nzp, on 10-11-2007 08:59 memang tak salah keraajan menaikkan harga rokok. itu untuk mengelakkan remaja-remaja yang tak de duit dari membeli rokok. korang perasan tak sekarang dah takde rokok yang dijual dalam kotak2 kecik? sebab yang tu murah dan boleh dibeli remaja. kalau yang dah tua bangka dan tak nak berjenti tu memang patut harga rokok naik , sebab orang yang merokok ni boleh dapat banyak penyakit . bila dah dapat penyakit paru2, anak dapat asma, mandul, gastrik, nanti pun datang klinik gomen jugak. so kenaikan tu kira caj medical yang korang akan bayar la. tapi kalau dikira macam tu, harga gula , garam pun patut naik sbb nak elakkan org dapat diabetes / darah tinggi . |
19. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 19-11-2007 22:30 eleh...hisap rokok ok pe??? |
20. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 20-11-2007 13:16 nak best lg, isap rokok gulong tembakau cap kapal terbang(sparilo)rasa tembakau sejati tanpa filter..sedup sedalam-dalam.ulangi 25x.buat 25x sehari.selama 25 hari..confirm kita buleh makan kenduri arwah beramai-ramai..he..he.. |
21. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 21-11-2007 14:58 aku ingat mcm ni la.. turunkan harga rokok serendah mungkin ala2 hatga asam kepeng la cam tu... pastu naikkan harga gula2 plak.. contohnya rm5.90 utk 14biji gula2.. so baru lah org x beli rokok dah coz ape kelas hisap rokok dah.. benda murah maa.. haa kan dah suma org ketagih gula2 yg mempunyai gaya yg jitu jika dihisap di majlis2 keramaian mahupun di kelab malam.. |
22. Written by gilaseks, on 25-12-2007 09:13 bebudak baya ni... kalau dapat... issksksks |
23. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 18-01-2008 17:16 ape larrr...sepatutnya kerajaan membentras maksiat..bukan nya perokok...mane yg dosa?maksiat atau merokok?????? |
24. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 06-03-2008 12:39 merokok sebenarnya tak ada apa2 kelas pun... tak merokok baru ada kelas... |
25. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 06-03-2008 14:04 nenek jiran aku hisap rokok o.k je..sihat lagi...member aku yg tak isap rokok pun dh kena kencing manis..muda lagi tu..kesimpulannya ..Tuhan yg Maha Kuasa... |
26. Written by Herman@Paiman, on 07-03-2008 17:32 Gila ko ni Amin!! tau la ko tu perokok tegar, takyah la ajak org lain, ko ni patut dipanah petir jer! muahaha!!! |
27. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 16-05-2008 20:35 tak tau malu tol......wat malu agama,negara dan kaum ja......pegi mampos... |
28. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 05-09-2008 09:08 Pembasmian Dunhill 14 hanya memaksa perokok tidak tegar utk merokok dgn lebih banyak, kotak 20. |
29. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 06-09-2008 23:18 pembentangan meyakinkan dan tiada serangan peribadi.. gud2.. |
Only registered users can write comments. Please login or register. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4 |
|
Last commented
|
Art Tak Puasa
|
|
MEMANG KO PUNYA LEVEL DAH SAMPAI KE TAHAP LEBIH TINGGI!! TAK...
|
|
22/08/10 17:39
More...
|
|
By herman |
Who's Online
We have 11 guests online
|