|
Written by Kumprinx
|
|
Wednesday, 11 July 2007 |
Perkara yang berlaku dalam seluar biasanya rahsia sebab kalau tak, buat apa pakai seluar? Gua agak terkejut dengan sambutan entry 'Cerita Dalam Seluar' yang mula-mula di publish pada tahun 2004.
Sekarang dah tahun 2007. Sudah pastinya banyak yang telah berubah. Takkan maintain je macam tu. Pokok pun kalau 3 tahun jadi makin besar.
Kali ini, bersempena dengan ulang tahun ke-tiga Pyrokumprinx Advanced Media, gua dengan bangganya mempersembahkan remake, Cerita Dalam Seluar 2007.
Enjoy.
Update! : Lelabu.com/blog telah berjaya menyahut cabaran Cerita Dalam Seluar. Tahniah! Update #2! : Buttet juga telah berjaya menyahut cabaran Cerita Dalam Seluar!
Sebagai seorang rockers handalan yang hanya melepak membuang masa, gua perlu sepanjang masa stenbai untuk apa-apa jua keadaan. Jesteru gua akan sentiasa membawak bebarang ini ke hulu-ke hilir ke mana-mana sahaja gua pergi. Semuanya gua letak dalam seluar. Pada satu-satu masa, gua akan bawak hampir 3 kilo bebarang dalam poket seluar gua. Berikut adalah bebarang tersebut.
Entry kali ini banyak merujuk kepada siri Cerita Dalam Seluar yang terdahulu, jadi gua sarankan korang baca dulu.
Kunci #1 Pertama sekali kunci. Ini set kunci utama yang gua wajib bawak. 2 tahun dulu kunci ni lebih banyak dari sekarang. Kini gua dah pindah umah, dan gua telah berjaya mengurangkan jumlah kunci yang gua perlu bawak sepanjang masa. Namun inilah yang paling penting. Jika dilihat dengan lebih teliti, gua tidak menggunakan sebarang perhiasan pada kunci-kunci gua untuk mepastikan berat dan ruang yang paling minima.
Kunci #2 Kawasaki Turbo Replacement Model adalah satu jentera yang jauh lebih berbahaya daripada Kawasaki Turbo (model lama). Jesteru kunci dia jugak perlu diletakkan berasingan supaya tidak disalah guna oleh pihak tertentu. Kunci ini juga tiada sebarang perhiasan (rantai kunci) untuk memastikan berat yang minima dan dalam kes Kawasaki Turbo Replacement Model ni, mengurangkan drag (rintangan angin) ketika ianya digunakan. Sheeh!
Zippo Zippo cetak rompak gua beli kat www.lelong.com.my ni dah lama gua kepingin nak pakai. Dia ada gambar Transformers sempena tayangan cite tu kat pawagam bulan ni. Setakat ini gua juga telah berjaya mempelajari beberapa teknik dan skill menyalakan lighter ni. Cara biasa lagi senang dan cepat, skill ni untuk stylo dan sangat membuang masa. Zippo ini juga semakin hari semakin rosak sebab banyak terjatuh ketika gua mempelajari skill baru. Bila melepak gua cenderung main zippo ni dan kadang-kala ia terjatuh atas riba member (ketika ia sedang menyala). Fakta menarik : Gua skang tengah kumpul dana untuk beli Zippo yang original dan gua dah aim model yang gua nak tu. Update : Zippo ni dah hampir kong kerana terlalu banyak digunakan (untuk tujuan aksi ngeri) gua skang kembali kepada Cricket
Rokok (Amaran, rokok membahayakan kesihatan) Jika diamati, brand rokok gua juga telah berubah. Daripada Kent No.9 kepada Dunhill. Satu ketika dulu gua hisap Kent, pastu pabila keadaan ekonomi negara semakin merudum, gua pun mengalami ke-meruduman. Wang sentiasa takde. Jadi gua selalu beli rokok Dunhill sebagai ganti sebab brand ni ada jual kotak 14 (14 batang). Manakala Kent hanya ada dalam kotak 20. Lama jugak gua dlam kemiskinan sampai jadi sedap pulak pekena Dunhill ni. Lantas gua terus bertukar. Dan pabila ekonomi semakin kukuh, gua sudahpun membeli rokok Dunhill kotak 20. Gua juga cenderung beli kotak 20 sebab kalau kotak 14 dia habis cepat dan gua bukan rajin sangat memalam buta nak pegi kedai beli. Kang ada kecemasan nak masuk tandas mana nak gagau cari rokok? Dan kalau nak selamat, sila jangan ungkit pasa harga rokok yang telah menaik baru-baru ini. Gua cenderung naik angin.
Gua juga gemar membeli variant-variant Dunhill yang terdapat di pasaran. Contohnya Dunhill 360 yang mempunyai karakteristik yang persis Kent No.9 yang menggunakan arang batu aktif untuk mengurangkan 'harshness' rokok tu. Tak lupa juga Dunhill Fine Cut yang menggunakan teknologi pemotongan daun tembakau yang terkini dan mampu memotong hingga 46 potongan bagi setiap inci dan menghasilkan rasa yang lebih intense (dan seronok)
Fakta menarik : Gua akan jatuh sakit kalau tukar rokok.
Wang Syiling Gua tak nafikan kepentingan wang syiling ni dalam kehidupan seharian gua. kalau gua lepak kat centerpoint, syiling sangat penting kalau nak masuk tandas. kalau takde syiling, takkan nak bayar pakai duit singgit, bila dah pecah singgit, wang syiling lebih tu takde maknanya lagi. Uncle jaga tandas tu pun bukannya nak kau-tim ngan aku. Dia juga cenderung berang kalau gua cakap takde duit kecil. Gua enggan menanggung risiko ini pabila kecemasan berlaku (cirit-birit) Fakta menarik : Wang syiling juga berguna untuk membuat keputusan yang sukar (baling syiling) Tips : Syiling tak perlu bawak banyak-banyak setiap kali keluar rumah. Hanya bawak seringgit dengan denominasi 2 keping 20sen, sekeping 50sen dan sekeping 10sen. Bagi gua inilah kombinasi terbaik. Kalau bawak banyak-banyak buat berat je nanti.
Dompet Kalau takde ni, apa pun tak guna. Dalam ni ada kad pengenalan, lesen memandu (L), dan macam-macam perkara mistik yang gua bawak untuk menghindari serangan dan rasukan makhluk halus. Gua juga bawak 2 jenis pick gitar. Satu lembut dan satu lagi agak keras untuk style permainan yang berbeza-beza. Seperkara yang aneh, gua juga tak pernah bawak cash, dan kad-kad bank tu sema mana ada duit dalam akaun. Hehe.. Fakta Menarik : Pick kuning tu gua dah pakai hampir 3 tahun.
Telefon Bimbit Nokia 3250 antara barang primary yang gua angkat menggunakan duit adsense gua (selain Kawasaki Turbo Replacement Model). Gua dah genap setahun pakai henset ni. Dengan henset ni lah gua ambik gambar kalau jenjalan. Gua dah eksperiment macam-macam cara dan teknik ambik gambar guna kamera 2 megapixel telefon ni demi untuk menghasilkan gambar yang terbaik. Sebab dia flash pun takde, pastu gambarnya selalu berpasir. Namun dalam koleksi aku ada beberapa gambar yang sangat excellent ambik guna kamera ni. Dengan telepon ni jugak gua cek emel, lunsuri laman web (Opera Mini) dan chatting Yahoo Messenger. Main game semua. Antara kegemaran gua adalah me-muat turun perisian-perisian terkini untuk henset ni dan sekaligus push capabilities dia ke tahap maksimum. Gua juga sudah mula berjinak-jinak dengan bahasa pengatucaraan Phyton yang setakat ini gua rasa jalan terbaik untuk meng-hack telefon Nokia ni. Fakta Menarik : Gua selalu download software kat Ipmart-Forum.
Begitulah adanya perihal mengenai bebarang yang sentiasa ada dalam poket seluar gua. Tak lebih, tak kurang. kalau ada lebih pun mungkin gula-gula, dan Kit-kat. Namun cerita mengenai apa yang ada dalam seluar gua adalah maklumat yang sangat tak penting dan sia-sia. Ada sapa lagi berani nak bukak 'Cerita Dalam Seluar'? Juga cekidaut Faceyourpockets.com. Ada ala-ala style masa Cerita Dalam seluar yang pertama dulu.
Add as favourites (155)
1. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 11-07-2007 15:30 aku x mrokok. kurang sket.. haha~ |
2. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 11-07-2007 17:18 dude, 1 lagi updated dari Cerita Dalam Seluar ko ni iaitu, if dulu barang2 seme ko tabur atas scanner, tp skrang guna henpon berkamera nak amik gambar. teknologi dah hapdate |
3. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 12-07-2007 17:01 aku igt cerita panas apa plak tadi...buat hati aku berdebar2 je ko ni.. |
4. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 12-07-2007 22:04 kagum.....jln penceritaan sungguh meyakinkan...dan satu idea menarik utk di buat entry...wahahhaaha... salam perkenalan... |
5. Written by Delaila, on 13-07-2007 14:24 malangnye, saye sentiase berbaju kurung... kalu pakai suwa pung, salu tak letak apa pung dlm poket... huk huk huk! |
6. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 16-07-2007 19:44 Huhuhu.... dalam seluar gwe... ada... Nokia 5200, V3i, kunci rumah... wallet...syiling... huhuhu p/s Lawatan sambil belajar dari blog ke blog |
7. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 17-07-2008 22:09 i am very like with nokia 6670 |
8. Written by
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
, on 17-07-2008 22:17 actually,sy nk syiling 50sen lengkap spenuhnya,please!!! |
Only registered users can write comments. Please login or register. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4 |
|
Who's Online
We have 4 guests online
|