3 Tahun Bersamamu (Bah.2-Final)
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Kumprinx   
Tuesday, 10 July 2007
Hari-hari kerja gua takde lain adalah melepak, menghisap rokok dan jamming. Sekali-sekala gua jenjalan keliling town (pahang barat) naik motor. Selalu jugak gua jumpa perkara-perkara yang gharib dan ajaib. Bila gua jumpa perkara yang sedemikian halnya, gua terus aim nak tulis dalam www.kumprinx.com.

Start dari gua nampak sesuatu, sampai la gua start menulis, perkara tersebut akan bermain dalam pikiran gua. Ayat-ayat akan disusun, punch-line akan ditetapkan, dan twist dan efek-efek tambahan akan dimuatkan-semuanya berlaku dalam kepala hotak gua. Kadangkala gua ada jugak mengalami masalah bagaimana nak mentafsif kejadian yang gua lihat ke dalam kata-kata/penulisan. Sebab tu gua selalu termenung dan bercakap seorang diri.

Menulis juga walaupun gua hari-hari buat, namun akhir-akhir ni gua akui ia bukan perkara picisan yang boleh dipandang enteng. Ia sememangnya bukan perkara yang mudah. Feel nak menulis tu bukan boleh datang sendiri. Adakalanya gua akan mengalami mental block dan terpaksa duduk berjam-jam depan komputer hanya untuk cari satu ayat yang tertinggal. Itupun kalau ada feel lagi, kalau dah naik mode malas, apa pun tak jadi.

Perkara-perkara hiatus juga turut menjadi penyumbang besar dalam insiden mental block yang selalu gua alami. kalau minggu pertama gua bersemangat dengan sesuatu, pastu di pertengahan jalan tetiba gua ter pre-occupied dengan menda lain, feel tu akan lari. Dan susah gua nak seru balik aura penulisan tersebut. Hal yang sebegini apply kepada banyak perkara dalam hidup gua seperti membasuh kain, kemas bilik dan basuh motor. Kalau dah sangkut, ia memang akan tertangguh.

Namun ini bukanlah bermakna gua semangat sekejap je dalam sesuatu perkara. Kalau menulis misalnya, gua akan pastikan yang terbaik dan ter-paling excellent. Kalau basuh motor gua akan pastikan berkilat, siap enjin bersih dan polish. alau basuh kain, gua akan pastikan semua supply kain baju gua berbau Downy 4X. Kalau kemas bilik gua akan pastikan Deko Bersama Eric tak boleh cari makan.

Perfectionist?

Namun baru-baru ini gua jumpa satu artifak berharga dalam bilik gua ketika sedang me-review dokumen-dokumen dan bebarang lusuh untuk dibuang (dan dijual). Satu dokumen penting yang mengingatkan gua betapa besarnya impak hiatus kepada pekerjaan seharian gua. Satu projek besar yang tergendala separuh jalan. Gua tak ingat sebab apa, ,mungkin sebab gua nak ambik peksa SPM itu jam. Tapi dokumen tersebut bertarikh tahun 1999, gua SPM tahun 2000. Sebab apa projek ni tergendala kini masih menjadi misteri. Kalau projek ni diteruskan tanpa sebarang halangan, gua yakin sekarang, tahun 2007, ada kemungkinan kecil, gua dah kaya.

Penemuan artifak berharga ini juga menyebabkan gua meragui sesahihan '3rd Anniversary' gua ni.


Gua dengan ini juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan (ringgit) terima kasih kepada (jutaan) pelawat website, pembaca blog, penggemar lucah, pencari gambar, dan korang-korang semua kerana telah memberikan sokongan yang padu kepada gua selama ini. Gua sampai dah tak boleh nak express macamana lagi dah setinggi mana penghargaan gua kepada lu orang semua. Terima kasih kepada yang menghantar button, yang link ke sini dan yang wish gua. Tanpa korang semua siapalah aku. Terima kasih.

Gua jamin, gua kan mepastikan content yang lebih ekstrim dan solid khas untuk korang semua,
Bukan kerana wang ringgit dan harta
Bukan kerana ini tahun ke-empat kewujudannya
Bukan juga sebab akak gua dah kawen
Kerana inilah Pyrokumprinx Advanced Media!

Tips : Dalam minggu ni, pastikan ada perkara yang excellent dan gharib-gharib di blog anda kerana panel penilai Kumprinx Award akan melakukan penilaian. Anda mahu juara?

Add as favourites (177)

  Comments (9)
1. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 10-07-2007 08:31
Selamat Panjang umur. Murah Rezeki. 
 
Sori x dapat dengar cerita lu. Gua kena kejar bas balik JB.
2. Written by ijoy website, on 10-07-2007 12:39
sori le aku tak sempat nak buat button2 sempena annies ke 3 ko ni KMX. Ape2 pun, happy 3rd annies ya. keep up the good work.
3. Written by Delaila, on 10-07-2007 13:18
same same... heh... senyuman awak pun manis ape =)... terima kasih sebab sudi letak button gua... kehkehkeh... terharunyeee sayeeee... ngeeee... kem salam kat pakcik tore!...
4. Written by kumprinx, on 10-07-2007 14:56
ye ke? hik hik hik..
5. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 10-07-2007 18:35
pergh bro kalau nak dikirakan dari tarikh register dah masuk tahun ke 8 dah kumprinx :D
6. Written by masahido aizawa aka buttet website, on 11-07-2007 09:25
heheheh oit amin lu ada hutang dgn company orang putih ka?kekekekeke ehh gua x perasan pun adik lu (klon) ,wish 3rd birthday untuk kumprinx.com...
7. Written by Kumprinx, on 11-07-2007 12:51
mana mana utang? dah setel dah tu.
8. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it , on 13-07-2007 11:28
caya lah emin...........lu bleh gua tergelak dgn mek gua.....lu gua bleh skit salute kat lu...eventhough,whateber,eni way lu kene make-up lg site ni ok...cau..gua nak gi semayang jumaat..
9. Written by kumprinx, on 13-07-2007 12:23
hey mudim, bila pejabat ko nak buat kursus Menternak Kambing Dan Anda ni?

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4

 
PreviousPrevious   NextNext