Maggi Kari Letup
User Rating: / 0
PoorBest 
Written by Kumprinx   
Thursday, 31 May 2007

megi kari letup 

Masa zaman-zaman aku belajar kat Kolumpo dulu, aku selalu keputusan wang. Nak makan nasik takde duit. Lalu seperti kebanyakkan orang yang takde duit, gua resort ke mee segera, iaitu Maggi. kalau time lapar gile Maggi memang sedap dimakan, nak masak pun senang, jirus air je.

Itu jam hidup memng susah. Ada sesetengah kes yang pernah direkodkan, cari-cari duit syiling bawah tilam, cukup 50sen, pegu kedai beli maggi pastu makan kongsi 3 orang. memang perit.

Sebab tu zaman sekarang ni gua memang tak into langsung mee segera ni. Sebab bila makan gua akan teringat kisah-kisah silam yang penuh ranjau berduri, susah-payah hidup di perantauan, walhal skang gua aman sentosa berada di tanah tumpah darah sendiri. Nampak meggi je gua teru meloya.

Namun jika ada produk baru di pasaran gua cenderung untuk mengetest, hebat tak hebat seperti yang diiklankan. Maggi kari letup mengaku ia lebih kenyal dan lebih pedas, dengan packing gambar api yang menyeramkan.

Gua cuba memasak meggi kari letup di dengan panduan yang diberikan. Air cukup-cukup 400ml gua taruk. Takut nanti kalau salah bancunhan ia tak rasa sepertimana diorang nak ia rasa. Apa jaddah bahan tambahan pun gua tak taruk, hanya air sahaja.

Selepas 2 minit menanti tibalah masa untuk gua mengetest meggi kari letup ni nengok sedang mana letup tak letupnya. Dari dalam periuk tu gua terus masuk dalam mangkuk. Semua sekali. Dan sambil menonton Miss USA 2007 gua pekena depan tv.

Rasanya sama macam meggi biasa. Memang benar mee nya lebih kenyal. Maksudnya kalau kita letak lama-lama atas dapur pun ia tak akan hancur seperti mee biasa. Jumlah perencahnya juga sama banyak macam mee biasa. Kuahnya juga memang lebih pedas tapi takde la pedas macam makan cili api. Cuma kepedasan dia terasa 'sintetik' dan takde characteristic macam cili biasa. Yang aku tau, di penghujung review aku terhadap Maggi Kari Letup ni kelihatan keringat-keringat sebesar biji jagung di tengkuk aku. Memang pedas tapi megi tetap megi.

Aku saspek jenama Maggi mengeluarkan variant Kari Letup ni untuk target konsumer orang kebanyakkan kat malaysia ni yang suka makan pedas. Orang kita selalu tambah 2-3 bijik cili dalam megi diaorang untuk rasa yang lebih kick. Untuk Maggi Kari Letup ni, gua bagi 3 setengah bintang untuk effort packaging dan tambahan rasa pedas.


Add as favourites (113)

  Comments (2)
1. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 30-09-2007 11:50
memang tepat kata-katamu itu wahai teman....megi memang pembawa ceria time2 takde duit masa study dulu...tapi yg paling sentimentel...aku bukak posa makan megi sbb roomate aku tak balik amik aku g buka posa...sedih sehhh....
2. Written by This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it website, on 30-09-2007 15:46
kalau maggi kari..memang ramai peminatnya..nasib baik masa aku open table maggi ayam dalam baldi, kalau maggi kari..aku rasa ngan baldi2 dia jilat

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.4

 
PreviousPrevious   NextNext