|
Blog Entry
|
|
Written by Kumprinx
|
|
Tuesday, 17 January 2012 |
|
Orang semua sibuk pasal tahun 2012 dunia berakhir. Adakah kita ni semua layak menerima peringatan awal andainya tahun inilah penghabisan dunia? Ketika ini, bunyi-bunyi aneh kedengaran di serata dunia. Paling dekat, kat Samarahan. Senang, yakjud-makjud tengah gali ler tew. Gua dah siap awal-awal beli PS3 manalah tau ada zombie outbreak takde la boring sangat duduk berkurung dalam rumah.
Bagi gua, petanda atau tidak tahun ni gua buat saja apa yang selalu gua buat setiap tahun;
Pertingkatkan usaha, accept every challenge and make every single one of it count. InsyaAllah.
Be first to comment this article | Add as favourites (14) |
|
|
Cerita-ceriti
|
|
Written by Kumprinx
|
|
Tuesday, 11 October 2011 |
|
Sedari 1985 dah gua memang ada memasang hajat nak berniaga bulan ramadan. Macam biasalah usahawan muda melayu senang nak delay buat kerja.
Berniaga pasar ramadan memerlukan kita menghadiri kursus pengurusan makanan di mana diaorang ajar cara untuk mengelakkan cross contamination, jangan potong ayam mencangkung dan jangan korek hidung time masak. Paling horror gua juga terpaka diberi suntikan anti penyakit berjangkit. Berkaca mata masa jarum masuk dalam lengan.
Hari pertama meniaga gua berdua dengan bini je. Gerai takde atap. Besoknya barulah rakaniaga gua, Leman Al-Cairo beli kanopi. Antara menu kami adalah air soya, bubur lambuk dan paling rare, strawberi celup cokelat. Ada juga hasil agrotani dari Mael, air bandung cincau dan gulai lemak daging salai dari Leman Al-Cairo. Selama sebulan gua pecut balik kerja no-rest, terus angkat balang air, angkat bubur lambuk, pecut pegi pasar ramadan. merasa juga jerih perih peniaga pasar. Time orang ramai sengih bukan main. Bukak je bekas duit, duit berkepok. Time hujan muka buruk.
Bila hujan bawah meja gerai kitaorang akan terjadinya fenomena parit kilat. Silap-silap boleh dihanyutkan arus. Angin kencang juga boleh menerbangkan kanopi dan menyebabkan kecederaan kepada peniaga-peniaga lain.
Dari aspek makwe pula, memang boleh cari makan. Silap gua meniaga tak pakai spek mata itam je. Kalau tak kuda-kuda kukuh bercekak pinggang, yang melilau belakang spek apa yang dipandang. Masa hari last berniaga sebak juga nak bukak kanopi. Mende dah sebulan berkampung di situ. Berhujan, berpanas. Kalau boleh nak meniaga pasar ramadan sepanjang tahun. Barangkali juga kami akan berpindah ke New Delhi. Dengar cerita kat sana skang ni tengah bulan puasa.
Berniaga pasar ramadan memberi gua satu pengalaman yang paling berharga. Bagi gua, hasil keuntungan bukanlah peraihan utama kegiatan ini. Sementelah pengalamanlah yang menjadi katalis kepuasan dan keberhasilan usaha dan penat lelah.
Waima berniaga pasar ramadan itu jugalah yang membiayai ekzos kecoh kat keta gua skang ni. Be first to comment this article | Add as favourites (77) |
|
|
Pendapat, tesis, komplen dll.
|
|
Written by Kumprinx
|
|
Thursday, 30 June 2011 |
|
Kalau nak cerita pasal politik ni; selain dari anal sex dan china doll, secara jujurnya banyak yang gua tak tau. Pasal perlembagaan, malu jugak kalau kata tak hapal semua. Kadang-kala menggelupur juga bukak buku cari loop hole. Ada sesetengah orang kalau sebut pasal perlembagaan ni, sampai berbuih mulut bercerita. Relevan, yes.
Hak kita untuk berhimpun memang perlembagaan dah cover. Bercakap sampai berbuih mulut pun perlembagaan dah cover. Apatah lagi menubuhkan persatuan parti tupperware dan persatuan poco-poco ad-lib. Setel.
Tapi masalahnya gomen tak bagi. Gua tak tau samada gomen nak protect their interest ke ataupun tulus nak jaga ketenteraman. Bila gomen tak bagi polis bertindak sembur air. Lepas tu naik pulak cerita keganasan polis. Polis teruk. Polis bertindak ikut suka hati. Lepas tu motor hilang terhegeh-hegeh repot polis. Queue 10 season lagi Gerak Khas bagi up balik imej polis.
Lama dah gua plan nak turun Kolumpo 9hb ni. Ada kroni datang dari sarawak. Sekali polis kabo jangan masuk town. Ada 'perhimpunan haram'. Faking hell. Macamana nak buat ni. Lalu gua mencadangkan diaorang agar menginap semalaman dulu kat kolumpo, ahad tu gua datang ambik. Duit biaya hotel tu nanti gua try claim dengan penganjur perhimpunan.
Lalu gua pun siasat la gua nak claim dengan sapa duit hotel ni. Ingat boleh mark-up sikit ke hapa. Sekali tengok gua terkedu.
Are you fucking kidding me? Beratus-ratus ribu orang melayu berhimpun, dia ni incas? Ok la kot. Tahun ni pun dah banyak berlaku kucar-kacir rasisme kat Malaysia ni.
Gua pernah menyarakan pandangan gua terhadap 'perhimpunan haram' ni. Gua kabo apa kata kalau memorandum yang kita nak serah kepada King tu, kita hantar pakai poslaju je. Kan senang. Jalan tak jem. Tak payah sakit-sakit nak kena sembur dengan air. Namun pandangan gua dibantah dengan teruk sekali. Tak makan.
Dalam negara demokrasi ni perhimpunan untuk menyatakan sebarang statement is the right way to go. Betul. Orang kabo, strength in numbers. Beginilah caranya jika saluran-saluran lain (contoh: Poslaju) tak berkesan. Namun kamu bertanggungjawap bagi setiap individu yang menderita nak terberak dalam kereta sebab jalan jem. Kamu bertanggungjawap untuk setiap sen kerugian peniaga-peniaga yang terpaksa tutup kedai. Atas nama revolusi, dan sistem pengundian yang bersih di Malaysia ini tidak mengapa. Susah payah yang dialami warga kota, is out of the question. Ini soal revolusi! Demokrasi!
Jadi di mana gua dalam isu 'perhimpunan haram' ini? Selain daripada terpaksa membatalkan rancangan gua nak pekena burger yahudi sabtu tu, I give not a single fuck. Tidak relevan dengan saya sebab nama saya memang tak naik kat SPR.
I ain't even mad.
Be first to comment this article | Add as favourites (140) |
|
|
Cerita-ceriti
|
|
Written by Kumprinx
|
|
Thursday, 07 April 2011 |
|
Dek terdengarnya kehadiran pakar motivasi tersohor di kampung mereka, penduduk semua berbondong-bondong menuju ke jeti untuk melihat sendiri perihal orangnya. Yang sihat datang berlari, yang tua bertongkat. Yang ada Myvi ekzos kecoh tambah huru-hara jalanraya. Ibu muda menggendong anak, berkasut roda meluncur, berkerusi roda harapkan sedara tolak. Keluarga mermotorsikal pantak lima helmet entah ke mana.
Maka sekelian kampung datang berhimpun di jeti mengerumuni pakar motivasi.
Pegawai bank perut boroi, termengah-mengah kerana bagasi lemak berlebihan. Perut seakan-akan menembusi butang baju, ketiak dan belakang lenjun dengan peluh, mula-mula sekali bertanya, "Pakar motivasi, ceritakan kepada kami perihal harta kekayaan"
Pakar motivasi tenang menjawap, "Tiada wujudnya ukuran bagi kekayaan kamu. Ia bukanlah pada banyak atau sedikit yang kamu miliki, sebaliknya yang menjadi ukuran adalah hubungan baik kamu dengan harta kekayaan"
Pengusaha gimnasium, berbadan sasa dengan singlet ketat "Jelaskan mengenai keupayaan"
Sambil memperbetulkan cincin di jari, pakar motivasi bersuara "Keupayaan ibarat paip bocor tepi jalan. Manafaat kepada kereta yang kotor serta mudarat bagi pembekal air. Pejalan kaki mungkin merana bukan sahaja dari semburan air itu sendiri, malah lopak yang dilanggar kereta juga mengundang musibah."
"Belum kira kalau pakai baju kemeja putih dalam perjalanan ke pejabat. Namun air itu sendiri kalau asal dari paip utama bukankah berketekanan tinggi?"
"Paip domestik kalau sambung dengan power-jet boleh terkopak cat kereta!"
Waima rasa macam kena kelepet, orang kampung semua mengangguk-anggukkan kepala mereka supaya tak nampak bodoh di sesama jiran tetangga. Be first to comment this article | Add as favourites (175) |
|
|
|
<< Start < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 "> > End >>
|
| Results 1 - 9 of 280 |