Epic : Prolog

Penghawa dingin bas bertiup laju. Dahiku terasa dingin. Dada aku rasa sangat berdebar. Kaki dan tanganku berpeluh. Saspen dan stress menyelubungi diri. Aku tak senang duduk. Berkalih ke kanan kurang selesa. Ke kiri sama sahaja.

Durasi perjalanan kurasakan begitu panjang. Berapa banyak town sudah dilewati. Simpang sana-sini. Traffic light apakejaddah. Terasa begitu lama.

Akhirnya bas tiba ke destinasi. Ada ramai manusia di situ, semuanya mempunyai destinasi dan halatuju masing-masing. Ada yang baru tiba dari perjalanan yang jauh. Dan ada juga yang baharu sahaja ingin berpergian. Hiruk pikuk bunyi manusia, kenderaan, memenuhi gegendang telingaku. Semua orang bergerak pantas. Ke sana-ke mari. Ada yang duduk. Ada yang berseorangan dan ada yang berkumpulan. Aku berlari-lari anak di celah-celah lautan manusia. Mataku melilau ke sana-kemari. Aku bertambah saspen.

Beberapa minggu sebelum itu..

Aku terjaga dari tidur. Tenang. Matahari belum meninggi. Namun burung-burung sudah berkicau. Memulakan hari masing-masing di kala pintu rezeki terbuka luas. Mungkin peraduan ini boleh ku sambung beberapa jam lagi. Aku kembali melabuhkan kepala ke bantal sehingga aku terpandang telefon bimbit di tepi katil. "Sapa pulak sms pagi-pagi ni?", hatiku berbisik sendirian. Keypad unlock, sms dibaca. Tiba-tiba darah di dalam badan terasa mengalir pantas. Jantung berdegup kencang mengepam darah tak menentu punya laju. Dari pagi yang tenang tu, tiba-tiba bertukar ibarat aku baru terjaga dari sebuah mimpi ngeri yang sangat horror. Aku terus bangun dari katil. Langkahku longlai menuju ke balkoni. Rokok kuhisap berbondong-bondong. "Bad timing.. bad timing..", bisik hatiku berulang-ulang. Dalam kepala aku ada bermacam-macam perkara. Macam-macam yang bermain di fikiran.

"I'm coming. One week study trip. Lets meet up!"

Ini semua berkisar mengenai satu insiden 7 tahun lepas di mana ada satu hari gilang-gemilang buat pertama kalinya aku terkena penangan yang dahsyat hingga terjatuh. Jatuh yang sungguh teruk dan menyiksakan, aku masih terhencot-hencot hingga ke hari ini. Penangannya sungguh berat dan buram, aku masih tak berani melangkah hingga ke hari ini. Dan sehingga hari ini, aku mendedikasikan seluruh hidup aku cuba memahami perkara ini, supaya aku dapat tangani akibatnya, dan menangani penangan itu sebaik-baik mungkin. Korang bayangkan rockers tegar macam aku ni. Apa yang hebat sangat sampai tersandung kaki yang selama ini megah melangkah?

Hari gilang gemilang itu adalah hari di mana aku telah jatuh cinta.

Kali terakhir aku bertemu dengannya adalah hampir 4 tahun yang lalu. Sejak pertemuan terakhir itu, aku mengatur langkahku dengan lebih teliti. Luka itu masih belum sembuh. Selama 4 tahun tidak bertemu, tak banyak yang aku tahu mengenainya. Sekali sekala ku kirimkan sms bertanya khabar. Setiap birthday dia aku ucapkan selamat. Hari Raya, Hari Raya Haji, Tahun Baru, Hari Merdeka, Deepavali, Pesta Menuai, Hari Gawai pendek kata selagi ada keramaian, aku pasti akan menghubunginya untuk mengucapkan selamat. Kerana 4 tahun lepas kononnya kami sudah berpisah, namun jika aku masih menghitung hari, termenung dengan telefon bimbit di tangan, mencari alasan untuk menghubunginya, apakejaddahnya semua ini?

Satu ketika aku pernah melupakan kes ini. Dan berdasarkan kepada damage yang berlaku kepada jiwa aku, aku secara instinctively menolak segala unsur-unsur percintaan dalam hidup aku. At least not yet. Not right now. Aku ada misi. Ada visi yang besar dan aku tak mahu ada sebarang distraction dalam hidup aku. Buat seketika aku tolak tepi perkara ini. Aku tak sanggup lagi menambahkan kerosakkan kepada perkara yang sedia rosak. Naluri aku sentiasa menghalang aku daripada terjatuh lagi. Ibarat tangan yang ditarik pantas bila terkena api, this is my primal defence.

Waima sekali-sekala ia menerjah. Menganggu fikiran. Aku tak boleh fokus 100% kerana perihal cinta ini ibarat satu puzzle yang tak mampu ku selesaikan. Ianya ibarat satu cabaran yang membelenggu kakiku setiap masa. Persoalan kenapa aku jatuh hari tu, dan kegilaan yang mengekori masih menjadi misteri. Walhal jika 4 tahun yang lalu, aku redha dengan perpisahan yang terjadi, kenapa kini jantung aku masih berdebar. Jika dulu aku dah tutup kes, kenapa sekarang aku bersedia sepenuh jiwa dan raga untuk meng-exausted kan semua resources semata-mata untuk bertemu dengannya? Kenapa? Untuk apa? Adakah kali ini aku akan, finally keep my promise i've made 4 years ago? Will it worth it? Terlalu banyak persoalan yang bermain dalam fikiranku. Yang penting, dalam keadaan hidup aku yang chaos dan struggling to survive ini, aku langsung tak bersedia. It caught me off guard.

Aku sering percaya, dalam hidup ini ada 2 perkara yang pasti. Maut dan cinta. Kedua-duanya akan tiba no matter what. Dan kita harem tak tahu bila ia akan datang menjengah. Cinta ini terlalu membingungkan, misterinya telah menghantuiku untuk sekian lama. This has to end. Jika kita tidak takut akan mati, kita akan dikira berani. Kini aku nekad untuk tackle cinta tersebut, memegangnya dalam genggamanku, walau seberapa kuat naluriku menentangnya, walau seberapa ingin ia meresapi dalam setiap sarafku, aku akan sort out semua misterinya sehingga terungkai ikatan yang membelenggu. Satu lawan satu.

Then what's that made me? Pengecut? Atau berani? Gila? Atau bijaksana?

A Pyrokumprinx Advance Media
Special Feature Presentation
Exclusive for www.kumprinx.com registered users